Peserta Bersih 4.0 himpun di NZ, Taipei, Australia
GELOMBANG perhimpunan Bersih 4.0 yang berlangsung mulai hari ini turut dirasai di beberapa negara di serata dunia.
Menurut beberapa perkongsian dari laman mikro Twitter, terdapat peserta atau penyokong Bersih 4.0 berhimpun di New Zealand, Taipei, Australia dan lain-lain.
Antara lokasi himpunan adalah Auckland (New Zealand), Canberra (Australia), Christchurch (New Zealand), Melbourne (Australia), Franz Josef (New Zealand), Sydney (Australia) Suzhou (China), Ontario (Canada) dan pelbagai lokasi lain.
Terdapat juga foto-foto peserta perseorangan dan kumpulan kecil dari Kenya, Bali (Thailand), Phoneix, Arizona (Amerika Syarikat) dan Mongolia.
Beberapa media asing seperti TIME juga dikesan membuat liputan mengenai perhimpunan tersebut.
Perhimpunan Bersih 4.0 yang dianjurkan oleh Maria Chin di Malaysia bagaimanapun diklasifikasikan sebagai perhimpunan haram atas beberapa sebab.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis akan ambil tindakan tegas terhadap peserta]
[ARTIKEL BERKAITAN: KL mula sesak, peserta Bersih 4.0 penuhi ibu kota]
0 orang berkata:
Post a Comment