Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS TETIBA MENJADI LEBIH KUAT


Pas lebih kuat sejak Harapan Baru

Mohd Hayati Othman
Mohd Hayati Othman


ALOR SETAR - Pas Kedah kini lebih mantap sejak sekumpulan ahlinya bertindak menubuhkan Harapan Baru.

Timbalan Pesuruhjaya 1, Datuk Dr Mohd Hayati Othman berkata, kepimpinan yang ada dalam Pas sekarang tidak lagi dihadapkan dengan polemik dalaman parti yang berpanjangan.


“Situasi aman yang wujud dalam Pas kini menyebabkan kita mampu merancang dan mengatur pelbagai program dengan lebih baik dan berkesan.


“Buktinya apabila Pas Kedah mengadakan Himpunan Tolak BN baru-baru ini. Ahli dan penyokong hadir dalam jumlah sangat besar memberi sokongan padu,” katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas komen Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib yang menyebut Pas ibarat diserang angin ahmar akibat tekanan politik yang banyak sehingga melahirkan serpihan dan kumpulan baru.


Md Shukri berkata, situasi itu berlaku kerana tumpuan Pas bukan lagi pada melemahkan Umno dan BN, tetapi mempertahankan parti dari godaan politik Harapan Baru.


Mohd Hayati berkata, kenyataan itu adalah propaganda kerana realiti yang berlaku dalam Pas tidak seperti yang digambarkan.


“Malah sejak kewujudan kumpulan serpihan Harapan Baru, Pas dilihat semakin kuat dan mantap,” katanya.


Menurutnya, ahli Pas Kedah juga semakin bertambah dengan mendadak iaitu lebih 5,000 orang dalam tempoh sebulan dan situasi itu tidak pernah berlaku sebelum ini.


Beliau berkata, kekuatan baharu yang wujud dalam Pas pasti akan menyemarakkan lagi semangat, azam dan kemaraannya menuju ke Putrajaya.


“Bagi Pas Kedah, dunia sudah tahu bahawa Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menghadapi tentangan daripada ahli bawahannya sendiri akibat pelbagai masalah," katanya.


Bekas Ahli Parlimen Pendang itu turut berpandangan bahawa berdasarkan senario yang ada, Umno bukan sahaja diserang angin ahmar tetapi sakit jantung dan diabetes.


“Kesan dari pelbagai penyakit dalaman yang menyerang Umno selaku parti memerintah, maka kerajaan Malaysia dilihat tidak stabil dan masyarakat antarabangsa khususnya pemain ekonomi hilang keyakinan terhadap negara ini.


“Penganalisis ekonomi dan politik, Tun Daim Zainuddin juga pernah mendedahkan bahawa kepimpinan negara yang hilang wibawa dan kemerosotan keyakinan oleh pihak luar menjadi faktor penting terhadap kejatuhan nilai ringgit sekarang,” katanya.

26 orang berkata:

Anonymous said...

Bercakap mungkin dalam mamai tak habis lagi.

Anonymous said...

Nak membohong agak2 la 5000 org tu ahli UMNGOK kot yg marah kat JIBBY...Ahli PAS dah berduyun2 kuar parti tinggal puak chai aje...Kuat tang manenye?Nak bergaul masyarakat pun dah takut(himpunan BERSIH)nak berkawan jauh sekali.Spin lagi..lagi ...lagi...sampai PAS jadi hampassss....

Anonymous said...

Pas perasan kuat.kah kah kah

Anonymous said...

PAScai sudah jadi parti kera sumbang. kah kah kah

Anonymous said...

Aku sungguh kecewa tengok PAS era hadi awang.aku tertarik dgn PAS sbb aura TGNA dulu yg sayang sume org muslim ke non muslim.sayangnya iman tak dapat diwarisi...tiap kali nik beduh bercakap meluap2 kemarahan aku..xtau kenapa.Maafkan aku TGNA..Bye PAS aku sekeluarga carik harapan baharu...

Anonymous said...

Sudah sudah laa karamu oiiii. Hahaha

Anonymous said...

Aku percaya 100 peratus 5000 ahli pas telah masuk pas.
Tapi aku percaya 50 000 ahli pas telah keluar pas.
Pas tambah kuat?
Pun aku pwrcaya 100 peratus. Kuat menipu, membarua, memfitnah malah mengkafir.

Aku pwrcaya 100 peratus pas akan kena makan umno dlm pru14 nanti.

Anonymous said...

PAS MAKIN KUAT.
MAKIN KUAT TEMBERANG.
MAKIN KUAT KENCING MALAM.

Anonymous said...

5000 masuk pas?
Org gila shj yg percaya.

Anonymous said...

Ada puak tiga suku percaya tuang guru akan jadi pm selepas najib.

Meleleh air lior hady

Anonymous said...

Orang sabah panggil parti koro sumbiang

Anonymous said...

Aku paling takut klu lepas pru14, pas jadi parti paling bangsart

Anonymous said...

Banyak sgt jawatan kosong dalam pas sekarang, Klu pak karamu nak kena barua hadi, pak karamu cuba masuk jadi calon. Klu nasib baik, hardy akan kata pak karamu ni barua dap.

Tak pwrcaya?
Cuba la

Anonymous said...

Tun madey pun dah masuk pas
Pas pis pus
Pussssssssssssss

Anonymous said...

Apa macxam keplabapakkarmu.baca dan teliti srta fhama apa maksud semua komen di atas,marahnya ahli Pas kepada Pas sendiri terutama peminpin yang merosakan Pas ,Presidfengnya ,mursidul amnya ,blogernya.pemgmpunya.s/usahanay.Naib presidenganya.Semualah jadi haprak.tunggu nasib Pas dihujung tebing gaung yang dalam.

Anonymous said...

ye la tuuu........ pas kuat la sangat. kuat perasan, kuat syok sendiri, kuat masuk bakul angkat sendiri. :-)

powertrain1648 said...

Yea...yea...semua ahli pas dh berduyun2 masuk ghb...teruskan spin...hahahahahaha

powertrain1648 said...

Yea yea...x sekuat ghb

powertrain1648 said...

Betul tu...hanya ghb x kera sumbang....ahli berjuta2...

powertrain1648 said...

Teruskan dgn ghb anda...

powertrain1648 said...

Dlm ghb mmg xde kerja kosong...syukur...semua jawatan dh penuh...tapi...ahli xde2 jgk...xkan aku ajk aku ahli....hahhaahhahahaha

powertrain1648 said...

Kau semua dap ckp kau percya....kesian...

powertrain1648 said...

Yea yea...ghb jer amanah...walaupun x kuat2 paa lg...guna harta pas...guna medan pas....amanah sumgguh...org takrif amanah ikut quran dan sumnah...tapi ghb takrif amanah ikut dap...hahahahahaha

powertrain1648 said...

Yea yea...ghb jer amanah...walaupun x kuat2 paa lg...guna harta pas...guna medan pas....amanah sumgguh...org takrif amanah ikut quran dan sumnah...tapi ghb takrif amanah ikut dap...hahahahahaha

Anonymous said...

Islam for All. Pas for Hadi n walaung.

Anonymous said...

PAS ada harta ke cam UMNGOK ..diorg dpt derma 2.6 biliun..PAS dapat derma ceramah singgit sorang..ada ke dlm Quran ajar undi guna ketas chai..cuba ko tanya hadi pil kuda kesayangan ko tu..

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.