Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG BERHIMPUN KO JUGA NAK BERHIMPUN

Jamal sedia batalkan perhimpunan
Jamal sedia batalkan perhimpunan
Jamal (dua dari kanan) bersama peserta perhimpunan Bersih 4.0 Cintakan Keamanan menunjukkan padang di Dataran Merdeka, semalam.
 
KUALA LUMPUR - Penganjur Perhimpunan Bersih 4.0 Cintakan Keamanan bersedia untuk membatalkan perhimpunan pada Sabtu ini.

Presiden Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos berkata, pihaknya bersedia melakukan perkara sedemikian jika pihak penganjur perhimpunan Bersih 4.0 membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun pada hujung minggu ini ataupun berhimpun di tempat yang ditetapkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Kita melakukan perhimpunan ini sebagai membantah penganjuran Bersih 4.0 yang bakal diadakan di ibu kota.

"Namun, kita sanggup membatalkan hasrat kami untuk berkumpul di Plaza Low Yat sekiranya pihak di sana melakukan perkara sama atau berhimpun di Tasik Titiwangsa seperti yang diarahkan polis," katanya dalam satu sidang media di Dataran Merdeka, hari ini.

Namun, menurut beliau, sekiranya pihak Bersih 4.0 enggan membatalkan perhimpunan tersebut, pihaknya akan meneruskan perhimpunan Cintakan Keamanan itu.

Katanya, kira-kira 30,000 orang awam yang terdiri daripada 280 NGO dari seluruh negara akan menyertai perhimpunan.

"Mereka ini hadir untuk menyertai perhimpunan ini secara sukarela. Peserta perhimpunan Cintakan Keamanan akan mula berkumpul seawal jam 2 pagi Sabtu ini.

"Kami akan bergerak ke Dataran Merdeka sekiranya peserta Bersih 4.0 berhimpun di dataran itu," katanya.

Jamal menafikan laporan beberapa khabar angin di laman sosial yang mengatakan beliau meminta peserta perhimpunannya untuk membawa senjata sebagai persediaan sekiranya berlaku sesuatu insiden yang tidak diingini pada Sabtu ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.