Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Perkara khir toyo terlalu lama

Keputusan rayuan Khir Toyo diketahui esok
Dr Mohamad Khir Toyo
 
PUTRAJAYA - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo akan mengetahui nasibnya esok, sama ada merengkuk dalam penjara atau dibebaskan.

Mahkamah Persekutuan dijadual membuat penghakimannya esok berhubung rayuan akhir Dr Mohamad Khir terhadap sabitan dan hukuman penjara 12 bulan kerana menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan tanah dan unit banglo.

Sekiranya Mahkamah Persekutuan membuat keputusan yang memihak kepadanya, Dr Mohamad Khir akan dibebaskan namun, jika keputusan sebaliknya, beliau akan menjalani hukuman penjara mulai esok.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin menangguhkan penghakiman terhadap rayuan Dr Mohamad Khir selepas mendengarnya pada 18 Januari lepas.

Hakim-hakim lain ialah Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali.   

Pada 23 Disember 2011, Mahkamah Tinggi Shah Alam mendapati Dr Mohamad Khir, 49, bersalah kerana mendapatkan untuk dirinya dan isterinya Zahrah Kechik, 47, dua plot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam, pada 2007 daripada Ditamas Sdn Bhd melalui pengarahnya Datuk Shamsuddin Hayroni, dan menjatuhi hukuman penjara 12 bulan terhadapnya.

Hartanah itu dibeli dengan harga RM3.5 juta sedangkan Ditamas membayar RM6.5 juta untuk hartanah itu pada 23 Disember 2004.

Dr Mohamad Khir melakukan kesalahan itu dengan mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan perniagaan dengannya atas kedudukan rasminya sebagai menteri besar Selangor ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, dituduh melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam, pada 29 Mei, 2007.

Mahkamah Tinggi memerintahkan pelucutan hak hartanah itu dan diserahkan kepada kerajaan.

Pada 30 Mei 2013, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Dr Mohamad Khir dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Susulan itu, beliau memfailkan rayuannya ke Mahkamah Persekutuan.

Dr Mohamad Khir diwakili oleh sekumpulan peguam diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah sementara pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Masri Daud.  - Bernama

3 orang berkata:

Sr Gustavo Mendes said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

Sr Gustavo Mendes said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

Unknown said...

Hello Semua orang,
Nama saya Ahmad Asnul Brunei, saya menghubungi Encik Osman Loan Firm untuk jumlah pinjaman perniagaan sebanyak $ 250,000, Kemudian saya diberitahu tentang langkah Meluluskan jumlah pinjaman saya diminta, selepas mengambil risiko lagi kerana saya begitu banyak terdesak untuk menubuhkan sebuah perniagaan untuk kejutan terbesar saya, jumlah pinjaman Telah dikreditkan ke akaun bank saya dalam tempoh 24 jam perbankan Tanpa sebarang tekanan untuk mendapatkan pinjaman saya. Kerana saya Telah terkejut i adalah yang pertama untuk menjadi mangsa penipuan! Jika anda berminat untuk mendapatkan apa-apa jumlah pinjaman & anda yang terletak di mana-mana negara, saya akan memberi nasihat boleh menyentuh Mr Osman Loan Firm melalui e-mel osmanloanserves@gmail.com

BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama ......
Nama tengah .....
2) Jenis Kelamin: .........
3) Jumlah Pinjaman Diperlukan: .........
4) Tempoh Pinjaman: .........
5) Negara: .........
6) Alamat Rumah: .........
7) Nombor Telefon: .........
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: .....................
10) Pekerjaan: ...........................
11) Yang laman web adakah anda di sini tentang kami .....................
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel Derek osmanloanserves@gmail.com

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.