Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MCA DI BIDAS

Pemuda Umno bidas pendirian Pemuda MCA

Dazma Shah Daud
Dazma Shah Daud


KUALA LUMPUR - Pemuda Umno membidas pendirian Ketua Pemuda MCA, Chong Sin Woon yang memberi lampu hijau kepada ahli-ahlinya untuk menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0, esok.

Exco Pemudanya, Dazma Shah Daud berkata, tindakan Chong itu secara terang-terangan membelakangkan pendirian kerajaan yang haramkan perhimpunan itu dan tidak sensitif terhadap semangat setiakawan dalam BN.


Menurut beliau, jika pendirian itu adalah benar, maka Pemuda Umno mendesak Chong melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Pendidikan kerana dilihat sudah menentang arus kerajaan.


"Saya tidak tahu apa motif sebenar beliau (Chong) membenarkan anak buahnya menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 itu.


"Jika benar laporan itu, maka saya menggesa Perdana Menteri mengkaji semula kedudukan Ketua Pemuda MCA itu sebagai timbalan menteri dan saya juga mendesak Chong melepaskan jawatan itu secara terhormat jika tidak lagi sehaluan dengan kerajaan serta BN," katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Ketua Pemuda MCA itu dalam akuan Twitternya memberi kebebasan kepada ahli-ahlinya untuk menyertai perhimpunan Bersih.


Tegas Dazma, tindak-tanduk Chong itu sama sekali tidak boleh diterima kerana jelas Bersih 4.0 adalah perhimpunan haram dan bakal menjejaskan keharmonian serta keamanan negara serta didalangi golongan pembangkang.


"Saya nak tanya Chong, beliau ni sokong kerajaan atau mahu ikut pembangkang...kalau tak mahu lagi bersama dengan kita baik lepaskan semua jawatan yang ada dan pergilah bersama pembangkang," katanya.
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.