Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SERTAI BERSIH DAN TINDAKAN


Mahasiswa sertai Bersih 4.0 berdepan tindakan

Bersih 4.0
ARAU -  Pelajar universiti yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 4.0 boleh dikenakan tindakan tatatertib mengikut akta dan prosedur universiti, kata Pengerusi Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti-Universiti Awam Datuk Prof Dr Kamarudin Hussin. 

Beliau berkata tindakan yang boleh diambil antaranya digantung pengajian atau dibuang daripada universiti.

"Pelajar sewajarnya mengelak diri mereka diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu atau pertubuhan yang tidak diiktiraf oleh kerajaan, sebaliknya menumpu pada pengajian," katanya kepada Bernama ketika diminta mengulas pembabitan pelajar universiti dalam perhimpunan itu.


Kementerian Dalam Negeri semalam mengeshkan Bersih 4.0 yang merancang menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada Sabtu dan Ahad ini adalah pertubuhan haram kerana tidak berdaftar.


Kamarudin yang juga Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis (Unimap) menasihati pelajar supaya merujuk kepada universiti masing-masing untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai tindakan yang boleh diambil terhadap mereka jika menyertai demonstrasi jalanan seperti Bersih 4.0.


Katanya pelajar Unimap sejak awal lagi diingatkan dan dilarang menyertai sebarang demonstrasi yang berunsur politik.


"Jabatan Hal Ehwal Pelajar Unimap telah diarahkan sentiasa memberi maklumat berkaitan sebarang perhimpunan dan senario yang berlaku dalam negara serta memantau dan mengambil tindakan terhadap pelajar-pelajar yang melanggar akta universiti," katanya. - Bernama

1 orang berkata:

Sr Gustavo Mendes said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.