Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PERISTIWA ITU SATU RANCANGAN

BERILAH ALASAN APAPUN, PAS MEMPUNYAI SYAK YANG KOKOH IA ADALAH SATU RANCANGAN JAHAT DAN MENGHINA, KERANA SEBELUM INIPUN HADI TELAH JADI MANGSA CACI MAKI, RAMAI YANG BERPANDANGAN BAHAWA PERISTIWA TERSEBUT ADALAH DISENGAJAKAN SUPAYA PAS NAMPAK TERHINA, SEBELUM INIPUN ADA YANG KATA PAS BAGAIKAN KERA SUMBANG, PADA HAL PAS TIDAK DIUNDANG ? PEHAK YANG BERTANGGUNGJAWAB PERLU JANGAN MEMULAKAN PERANG DENDAM, JANGAN CUBA BUAT KECUH DAN DENDAM YANG BERTERUSAN, APAPUN PERLU BERTANGGUNGJAWAB, JANGAN KATA TAK TAHU, PAS SUDAH MASAK DENGAN SEGALA MUSLIHAT, NAFI KAMU BOLEH NAFI, CAKAPLAH APA ALASANPUN - Pak Karamu   

                                                                        
'Kami lapor polis jika tidak minta maaf'‎

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
SHAH ALAM - Pemuda Pas menggesa penganjur Bersih 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden memijak gambar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ‎semasa perhimpunan Bersih 4.0, Sabtu lalu‎ oleh beberapa individu perhimpunan tersebut.

Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ‎sekiranya tiada pihak dari Bersih 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh segera, laporan polis akan dibuat di seluruh negara agar insiden‎ ‎itu disiasat.


‎"Jika tiada permohonan maaf, dikhuatiri penganjur dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.


‎"...dalam masa yang sama ahli-ahli Pemuda Pas dinasihati agar tidak bertindak balas di atas provokasi ini dan menyerahkan selanjutnya kepada pihak berkuasa untuk melakukan siasatan.


‎Minggu lalu, gambar yang menunjukkan seorang peserta Bersih 4.0 memijak gambar Abdul Hadi 'berpelukan' dengan Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak semasa perhimpunan itu menjadi viral.‎


[ARTIKEL BERKAITAN: Gambar peserta Bersih 'pijak' Hadi viral]

Turut berkongsi kekesalan atas insiden itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, perkara berkenaan tidak seharusnya berlaku kerana tindakan itu dilihat telah menghina Abdul Hadi.


[ARTIKEL BERKAITAN: Pas kesal peserta Bersih pijak gambar Hadi]

‎Ekoran penyebaran itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa mengesahkan perkara tersebut masih di dalam siasatan.


[ARTIKEL BERKAITAN: ‎Polis: Kes pijak gambar Najib, Hadi disiasat]
 

2 orang berkata:

Anonymous said...

Sorban jubah bukanlah LAMBANG
Doa berjela bukan UKURAN
AMANAH itu...'niat' nya TERANG
Tiada yg terSEMBUNYI disisi TUHAN


Disisi TUHAN semuanya TERANG
Ke London ke Turki 'wajib' diAUDIT
Walau SATU "sen" dari mana DATANG?
AMANAH ummah wajib di UNGKIT


Ke LONDON ke Jepun 'wajib' diAUDIT
Kalau PONTENG.."hukum" nya CURI
MenCURI Tulang..menCURI DUIT
Hudud menCURI...dipotong JARI!?


Sape yg SUKA dgn siPONTENG?
Sape yg tolol berIMAM kan PENCURI??
Songlap FITNAH..akidah meNYELEWENG
Melanggar AMANAH..khazanah diNODAI


AMANAH itu..SELFLESS hadirnya
Tak WUJUD ponteng FITNAH mencuri
AMANAH itu..bersih seBERSIH7nya
Se"zarah" pon TIDAK pentingkanDIRI


Jgn SEBUT soal AMANAH
Kalau HARTA-glamor diJIWA
Jgn di ikut..ponteng & FITNAH
Mencuri menyonglap khazanah NEGARA


AKIDAH pencuri..akidah SONGSANG
AKIDAH songsang..sggup memFITNAH
Bersih-AMANAH...wajib di JULANG
KASEH yg suci..dirahmati ALLAH

Anonymous said...

Mereka kata mereka tak perlukan pas utk ke putrajaya.biar la hadi n pas dgn cerita hududnya.mereka nak tunjuk sombong tak bawa berbincang dgn pas utk buat bersih 4.mereka kata pas tak pergipun lg bagus tgok tak payah kena sembur dgn air seme aman belaka.bila ada org kata melayu sikit je pegi mereka kutuk pas pulak sbb tak pegi.nampak tak sesuatu disitu dlm dikutuk kutuk bagai hadi n pas spt masih ada sesuatu kekurangan.sy tak rasa amanah akan berjaya dgn mengutuk n menyusahkan bekas parti sendiri.jika mmg mereka iklas mereka patut cuba utk berbaik baik bknnya jadi batu api.sekarang terpulang pada pkr.padahal pas
Tak kata nak tolak pr hanya kelahi dgn dap sj itu pun bknnya berkerat rotan.amanah tu yg nampak beria ia nak menolak pas.utk dpt untung jd calon ke.kalau tak tentu agak susah.mungkin mereka ingin cari jln mudah dgn mengenepikan pas.namun apakah ia akan menjadi semudah itu untuk mereka.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.