Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

FITNAH MEDIA BARU

MB, Nik Amar mangsa fitnah media baru

KOTA BHARU: Pemimpin PAS di Kelantan silih berganti menjadi mangsa momokan di media baru dengan cubaan memberi gambaran bersifat negatif.

Media baru kini menjadi medan bagi meluah perasaan yang bersalut dendam bagi mengambil alih peranan yang pernah dimainkan akhbar Umno.

Minggu lepas ada facebook dan aplikasi whatsapp yang mendakwa Timbalan Menteri Besar (TMB) Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mempunyai banyak kenderaan yang berdaftar atas namanya.

Sebelum itu mereka mendakwa Naib Presiden PAS terbabit memiliki Range Rover yang memperlihatkan ciri-ciri kemewahan.

Sebaliknya Mohd Amar menjelaskan Range Rover tersebut dibelinya dengan harga di bawah pasaran kerana kereta yang sudah digunakan (second hand).

“Ada kawan menawarkan RM200,000 sedangkan harga pasaran bagi kenderaan baru sekitar RM300,000,” katanya.

Belum reda isu tersebut media baru pula mendakwa Menteri Besar (MB) Ustaz Datuk Ahmad Yakob membina lima rumah banglo untuk anaknya yang bernilai RM2 juta.

Setiausaha Akhbarnya, Mohd Asri Mat Daud berkata, menurut posting fb itu setiap banglo dianggarkan bernilai RM400,000.

“Dakwaan tersebut tidak berasas memandangkan rumah anak Menteri Besar dibina sendiri oleh mereka melalui skim pinjaman perumahan.

“Mereka yang mengurus dan membayar pinjaman tersebut dan tiada kaitan langsung dengan bantuan kewangan sehingga RM2 juta,” ujar beliau.

Katanya, dakwaan yang tidak bertanggungjawab itu adalah fitnah berat kepada Menteri Besar terhadap perkara yang tidak wujud.

“Mereka cuba menggambarkan menteri besar seorang yang boros. Sedangkan hakikatnya beliau meneruskan sikap kesederhanaan seperti almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz.

“Ustaz Ahmad tidak menetap di kediaman rasmi Menteri Besar. Beliau memulangkan kembali kepada kerajaan negeri elaun yang sepatut diperolehnya.

“Diharap penulis posting tersebut memohon maaf secara terbuka di atas dakwaan yang tidak berasas dan menimbulkan fitnah itu,” katanya.

2 orang berkata:

Sr Gustavo Mendes said...

Adakah anda memerlukan pinjaman ??
Adakah anda sedang mencari bantuan kewangan, adakah anda sangat memerlukan dana?
Hammer syarikat kewangan berada di sini untuk menyediakan anda jumlah pinjaman yang diminta selagi anda akan dapat membayar balik pinjaman.
Kami memberi pinjaman pada kadar yang standard sebanyak 3% Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com.
Kami menawarkan pelbagai jenis pinjaman termasuk: Pinjaman Perniagaan, Pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka
Adakah anda ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab ??. Jika Berminat? Hubungi kami hari ini melalui am_credit@outlook.com dan mendapatkan pinjaman legit dan mudah hari ini

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.