Buru peserta Bersih 4.0 cuba langgar polis
GEORGETOWN - Polis memburu seorang peserta Perhimpunan Bersih 4.0 yang
memandu sebuah van dalam keadaan laju sehingga hampir melanggar
anggotanya ketika bertugas Sabtu lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pemandu van berkenaan sudah dikenalpasti dan kini giat mengesannya.
“Pemandu itu cuba melanggar anggota polis yang sedang bertugas di
perhimpunan berkenaan di Jalan Raja Uda, Butterworth kira-kira jam 10.30
malam.
Bagaimanapun, anggota itu sempat mengelak,” katanya kepada media
selepas Ops Bersepadu sempena Ambang Merdekat 2015 awal pagi tadi.
Sehingga kini, belum ada tangkapan namun polis sudah mengenal pasti identiti pemandu van dan pemiliknya. .
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan,” katanya.
Seramai 500 anggota dan pegawai polis terlibat dalam operasi
membanteras saseng jalanan dan membendung kegiatan jenayah di sekitar
negeri ini.
Abdul Rahim berkata, sehingga kelmarin, pihaknya menerima tujuh laporan
polis berhubung Perhimpunan Bersih 4.0 yang diadakan di beberapa lokasi
sejak Sabtu.
"Polis juga membuka lima lagi kertas siasatan berhubung perhimpunan itu di Pulau Pinang," katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment