Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

LETUPAN PELAJARAN BARU

Letupan bukan dari bom molotov

 Tajudin Md Isa
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa
 
KUALA LUMPUR - Dua letupan yang berlaku di Rumah Persekutuan Kuala Lumpur , Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan di Jalan Sultan Hishamuddin pada jam 6.20 petang semalam bukan berpunca dari bom molotov.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa yang mengesahkan kejadian berkata, letupan berpunca daripada mercun yang diikat pada botol.

"Letupan adalah berpunca dari mercun yang diikat pada botol plastik mengandungi cecair dipercayai minyak.

"Siasatan bagaimanapun masih diteruskan bagi mengesan identiti individu yang berbuat demikian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurut Tajudin kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan dan Senjata Merbahaya.

Dalam kejadian kira-kira 6.20 petang berlaku satu letupan disusuli letupan kedua pada 7.30 petang.

Letupan pertama mengakibatkan kerosakan pada khemah manakala letupan kedua merosakkan pokok berhampiran khemah tersebut.

Sementara itu Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur Abu Obaided Mohamad pasukan bomba bagaimanapun berjaya mengawal kebakaran 10 minit selepas bahan letupan itu dibaling.

"Kebakaran menyebabkan sebuah khemah yang diletakkan di pekarangan premis rosak. Khemah tersebut dipercayai untuk kegunaan program esok (pagi ini)," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.