Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AHMAD AWANG KATA BAI'AH TIDAK LAGI SAH

SEKIRANYA MEREKA BERMARUAH, JIKA MEREKA TIDAK BERMARUAH MAKA PARTI ITU JUGA TURUT TIDAK BERMARUAH, ITU YANG KITA KATA DARI AWAL KITA SUDAH MENGENAL PASTI SIAPA MEREKA DAN TUJUANNYA, DARI PIMPINAN TERTINGGI HINGGALAH JAWATANKUASANYA. SEKARANG BERSIH SUDAH HABIS, NAMPAKNYA MEREKA BELUM LAGI BERSIH, MEREKA YANG MENYERTAI BERSIH TERUS PULA BERSIFAT DENDAM, INIKAH SIKAP PIMPINAN PARTI TERSEBUT  ? RAKYAT YANG IKHLAS PERLU MENILAI SIAPA DAN APA MOTIF MEREKA KELUAR DAN MENUBUHKAN PARTI, - Pak Karamu

Bekas wakil rakyat kena letak jawatan




Takiyuddin Hassan



SHAH ALAM - Bekas ahli Pas yang memenangi kerusi Dun serta Parlimen perlu meletakkan jawatan sekiranya mereka menyertai Parti Pekerja Malaysia.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, perkara ini perlu dilakukan berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh bekas ahli parti itu.


“Mana-mana ahli Pas yang memenangi kerusi Dewan Negeri dan Dewan Rakyat atas tiket Pas tetapi menyertai parti lain, mereka perlu meletakkan jawatan sebagai berdasarkan bai’ah yang ditandatangani oleh mereka.


"Bai’ah ialah satu dokumen
‘Akujanji’ oleh ahli yang bakal menjadi calon wakil rakyat mewakili Pas supaya setia dengan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Walaupun dari segi undang-undang bekas ahli parti itu masih sah menjadi wakil rakyat di kawasan masing-masing, menurut beliau, mereka perlu meletakkan jawatan kerana mereka telah menandatangani bai’ah tersebut.


Katanya, individu ini perlu meletakkan jawatan kerana ini adalah satu tanggungjawab moral.

“Mereka masih lagi sah menjadi wakil rakyat. Tetapi,
sekiranya mereka bermoral, mereka perlu meletakkan jawatan.


“Sekiranya tidak meletakkan jawatan, mereka mengakui bahawa elaun yang mereka ambil ini adalah haram. Itu adalah dari segi agama dan mereka perlu mempertimbangkan perkara tersebut,” katanya.


Dalam pada itu, Takiyuddin mengesahkan bahawa tiada tindakan tatatertib akan diambil kepada mana-mana ahli parti yang keluar daripada Pas untuk menyertai Parti Pekerja Malaysia.


Beliau berkata, ia
berdasarkan Fasal 15 Perlembagaan Pas iaitu keberhentian ahli Pas adalah disebabkan oleh tiga perkara iaitu atas permintaan sendiri, dipecat dan mengisytiharkan diri keluar Pas atau menyertai parti politik lain.


“Jadi, sekiranya mana-mana ahli parti yang menyertai Parti Pekerja Malaysia, maka secara automatik, mereka bukan lagi ahli Pas,” katanya.
 

3 orang berkata:

Anonymous said...

Sorban jubah bukanlah LAMBANG
Doa berjela bukan UKURAN
AMANAH itu...'niat' nya TERANG
Tiada yg terSEMBUNYI disisi TUHAN


Disisi TUHAN semuanya TERANG
Ke London ke Turki 'wajib' diAUDIT
Walau SATU "sen" dari mana DATANG?
AMANAH ummah wajib di UNGKIT


Ke LONDON ke Jepun 'wajib' diAUDIT
Kalau PONTENG.."hukum" nya CURI
MenCURI Tulang..menCURI DUIT
Hudud menCURI...dipotong JARI!?


Sape yg SUKA dgn siPONTENG?
Sape yg tolol berIMAM kan PENCURI??
Songlap FITNAH..akidah meNYELEWENG
Melanggar AMANAH..khazanah diNODAI


AMANAH itu..SELFLESS hadirnya
Tak WUJUD ponteng FITNAH mencuri
AMANAH itu..bersih seBERSIH7nya
Se"zarah" pon TIDAK pentingkanDIRI


Jgn SEBUT soal AMANAH
Kalau HARTA-glamor diJIWA
Jgn di ikut..ponteng & FITNAH
Mencuri menyonglap khazanah NEGARA


AKIDAH pencuri..akidah SONGSANG
AKIDAH songsang..sggup memFITNAH
Bersih-AMANAH...wajib di JULANG
KASEH yg suci..dirahmati ALLAH

powertrain1648 said...

Tolak HUDUD pun dah ringan
Tolak baiah peanut je bang
Keluar je fatwa halalkan yg haram
Sambik buat onar dari luar dan dalam
Supaya benci pada yang dulu
Nanti berduyun2 tuju ke baru
Datang BERSIH...haru
Tapi masih ada hati mengaku...
Islam kau tak sebaik Islam ku

powertrain1648 said...

Tolak HUDUD pun dah ringan
Tolak baiah peanut je bang
Keluar je fatwa halalkan yg haram
Sambik buat onar dari luar dan dalam
Supaya benci pada yang dulu
Nanti berduyun2 tuju ke baru
Datang BERSIH...haru
Tapi masih ada hati mengaku...
Islam kau tak sebaik Islam ku

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.