Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ANTI BERSIH BATAL

Perhimpunan anti Bersih ditunda atas nasihat polis
NGO dakwa peserta Bersih 4.0 'dibayar'
Datuk Jamal Md Yunos (tengah) ketika mengadakan sidang media di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, baru-baru ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
 
KUALA LUMPUR - Perhimpunan Anti Bersih 4.0 yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini ditunda ke satu tarikh yang akan diumumkan kelak.

Penganjurnya, Datuk Jamal Md Yunos yang juga Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia berkata, keputusan berkenaan dibuat setelah mendapat nasihat daripada pihak polis dalam satu perjumpaan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi petang tadi.


"Saya akur akan keputusan yang ditetapkan pihak polis berhubung penganjuran perhimpunan ini dan kami akan mengumumkan tarikh baharu perhimpunan yang berkemungkinan diadakan sebelum Hari Malaysia (16 Sept) berlangsung.


"Kami tidak mahu dilabel sebagai orang yang tidak patuh kepada undang-undang jika kami meneruskan niat untuk menganjurkan perhimpunan pada hujung minggu ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Beliau turut melahirkan keyakinan terhadap pihak polis yang dilihat mampu mengawal situasi semasa perhimpunan Bersih 4.0 berlangsung hujung minggu ini.


"Saya juga berharap pihak polis mengambil tindakan tegas terhadap penganjur serta individu yang menyertai perhimpunan 'haram' itu supaya ia dapat dijadikan iktibar pada masa depan," katanya.


Selasa lepas, Gabungan NGO-NGO Malaysia bercadang menghimpunkan penyokongnya di sini pada Sabtu ini sebagai membantah penganjuran perhimpunan Bersih 4.0 yang dianggap haram oleh polis.


Polis telah menegaskan bahawa perhimpunan Bersih 4.0 dianggap 'tidak dibenarkan' atau haram kerana tidak memenuhi syarat Akta Perhimpunan Aman 2012.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa berkata berdasarkan Seksyen 9 akta berkenaan, pihak penganjur perlu mendapat kebenaran pemilik tempat. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.