Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Berdakwah berbagai cara asalkan tidak lari dari dasar

Dakwah tidak terhenti dengan putusnya hubungan politik

BATU KAWAN: Berakhirnya hubungan PAS dan DAP adalah pada konteks tahaluf siyasi, namun tidak pada kesinambungan dakwah atau pendekatan politik dari masa ke semasa, demikian tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan at-Tantawi.

Katanya, perkiraan juga mengikut kepentingan setempat dan tidak memutuskan hubungan secara peribadi melibatkan persahabatan ataupun perkenalan dengan semua orang termasuk DAP.

“Apa yang putusnya ialah secara ‘official’ parti dengan parti, yang mana kita tidak ada lagi ikatan ataupun terma-terma yang mengikat antara PAS dan DAP. Kita tahu bahawa di peringkat negeri-negeri tertentu hubungan baik PAS dan DAP masih lagi berlangsung.

“Dalam kerjasama untuk kepentingan rakyat umpamanya, kerja-kerja kebajikan, dan juga untuk berdepan dengan kemungkinan ataupun tindak balas daripada pihak Umno dan Barisan Nasional. Jadi, hubungan dalam bentuk itu kita teruskan, tidak jadi masalah,” ujarnya menjelaskan kekeliruan itu pada sidang media di Pondok Turath, Juru di sini 30 Ogos.

Ditanya media kemungkinan PAS akan mengemukakan pendekatan dan strategi baru ekoran berakhirnya hubungan itu, Nasrudin mengakui bahawa PAS tetap bergerak dalam suasana politik berbeza dan berubah-ubah sekalipun.

Maklumnya, PAS telah menyusun tindakan yang boleh diumumkan dan ada kekal menjadi strategi dalaman parti.

“Insya-Allah sehingga kini kita lihat parti kembali berada pada paksinyalah untuk melaksanakan kerja-kerja pilihanraya. Kerja-kerja penyatuan anggota parti, walaupun suasana selepas daripada hubungan tahaluf siyasi antara PAS dan DAP berakhir,” jelasnya.

Menjawab pertanyaan berhubung tindakan Pendaftar Pertubuhan (ROS) menolak permohonan Gerakan Harapan Baru (GHB) untuk menggunakan nama Islam dalam pendaftaran partinya, Ustaz Nasrudin berkata terpulang kepada GHB mengambil langkah seterusnya.

Dalam konteks demokrasi katanya, perkara itu menjadi hak GHB untuk melanjutkan permohonan dan PAS tidak ada halangan sebaliknya terus fokus kepada urusan PAS.

2 orang berkata:

Anonymous said...

"DALAM KOTNTEKS DEMOKRASI KATANYA, perkara itu menjadi hak GHB untuk melanjutkan permohonan dan PAS tidak ada halangan sebaliknya terus fokus kepada urusan PAS."

tengok ayat hurup besar tu..pas ghb sama2 pertubuhan yg berundang2 dgn demokrasi perlembagaan lord reid...
hehehe...masing2 perasan lebih.sembang lebat..2x5

Unknown said...

zzzzz2018.7.7
longchamp handbags
uggs outlet
moncler online outlet
kate spade
coach factory outlet
pandora charms
canada goose jackets
red bottoms
polo ralph lauren
christian louboutin shoes

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.