Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TIADA TANGKAPAN


Bersih 4.0: Tiada penahanan setakat 6.45 petang
Bersih 4.0: Tiada penahanan setakat 6.45 petang
Kelihatan beberapa anggota polis berkawal di pintu utama Lokap Berpusat Balai Polis Jinjang, petang tadi. - Foto Sinar Harian
 
JINJANG - Tiada sebarang penahanan oleh pihak berkuasa dibuat hari ini sepanjang perhimpunan Bersih 4.0 di ibu negara, Kuala Lumpur hari ini.
 
Tinjauan Sinar Harian mendapati pagar utama Lokap Berpusat Balai Polis Jinjang mula ditutup.
 
Beberapa anggota polis juga kelihatan berkawal di pagar utama berkenaan.
 
Tiada sebarang aktiviti dilaporkan di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur.
 
Difahamkan, perhimpunan Bersih 4.0 sedang melalui tempoh berehat dan akan bersambung semula pada jam 9.00 malam nanti.
 
Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengulangi pendirian tidak akan membenarkan Bersih 4.0 menggunakan tempat awam khususnya Dataran Merdeka dan Dataran DBKL untuk mengadakan perhimpunan yang dijadualkan berlangsung 29 dan 30 Ogos ini.
 
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, pihaknya yakin perhimpunan berkenaan akan menjejaskan persekitaran ibu negara, termasuk menyebabkan kesesakan trafik, seterusnya menyusahkan warga kota.
 
Menurutnya, DBKL tetap berpendirian bahawa Dataran Merdeka adalah untuk kegunaan acara bersifat nasional, tanpa penglibatan berkaitan politik.
 
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan tiada tangkapan dan sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang perhimpunan Bersih 4 di ibu negara setakat petang ini. 

Beliau berkata, keadaan keselamatan adalah terkawal dan peserta perhimpunan masih berkumpul berdekatan Dataran Merdeka. 
 
"Polis Kuala Lumpur masih meneruskan kawalan, terutamanya di Dataran Merdeka dan di tempat-tempat yang menjadi tumpuan peserta perhimpunan berkumpul.
 
"Sekiranya berlaku sebarang pelanggaran undang-undang, tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada," katanya dalam kenyataan.
 
Tajudin berkata polis akan terus memastikan Bandaraya Kuala Lumpur berada dalam keadaan selamat dan ketenteraman awam terkawal. 
 
Katanya orang ramai dinasihatkan supaya memberi kerjasama dengan tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka esok bagi menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang itu. 
 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.