Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MERDEKA TAPI TAK BOLEH AMAL UNDANG-UNDANG AGAMA SENDIRI, MERDELA !!!

Kita sudah merdeka, tetapi...
Tuan Ibrahim Tuan Man
Tuan Ibrahim Tuan Man
KLANG - Negara sudah merdeka, namun masih bergelut dengan pelbagai isu seperti salahguna kuasa, penyelewengan, rasuah dan pembaziran yang amat membimbangkan," demikian kata Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man.

Menurut pendapat beliau, erti kemerdekaan tidak membawa makna sekiranya keadaan ekonomi, pentadbiran dan pengurusan rakyat tidak dilakukan dengan baik.


"Malaysia semakin jauh ditinggalkan dengan pencapaian Singapura, Korea, Jepun, bahkan Vietnam dan Kemboja mula mengorak langkah maju ke hadapan. Bukan itu sahaja, jurang perbezaan antara kaum, agama, bandar dengan luar bandar juga semakin melebar.


"Lihatlah peneroka Felda hari ini yang dijanjikan mimpi indah ketika kerajaan mahu membawa Felda Global Ventures (FGV) ke Bursa Malaysia. Kini, mereka berhutang untuk membayar saham yang dijanjikan keuntungan berganda," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.


Katanya lagi, selepas 58 tahun mengecap kemerdekaan, kerajaan hanya mampu melahirkan rakyat yang mempunyai hutang keliling pinggang.


"Apalah erti kemerdekaan kalau rakyat terus dipenjara dengan hutang bertimbun sehingga masih ada anak bangsa kelaparan dan menangguhkan pengajian kerana kesempitan hidup keluarga?


".... Meskipun berjaya cemerlang di Institut pengajian tinggi, apa yang menunggu mereka hanyalah puluhan ribu hutang PTPTN. Bagi yang berada di awal pekerjaan pula, hutang rumah kereta dan sara hidup pula menghimpit mereka," katanya lagi.


Mengulas lanjut, rakyat perlu bangkit menuntut perubahan sebelum keadaan negara menjadi lebih teruk dari sekarang.


"Saya bimbang apabila situasi itu tiba, ia sudah terlambat kerana negara sudahpun tergadai di tangan mereka yang tergilakan kuasa," katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.