Sabaruddin Chik pertahan tindakan Dr M
SHAH ALAM - Veteran Umno, Tan Sri Sabaruddin Chik yakin bahawa tindakan
Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai perhimpunan Bersih 4.0 bukan kerana
menyokongnya.
Sebaliknya kata Sabaruddin, tindakan Dr M itu turun padang bersama
rakyat adalah kerana tidak tahan dengan sikap Datuk Seri Najib Tun Razak
yang enggan berundur dari jawatannya.
"Saya yakin dia tak tahan sangat tengok keadaan ini...dia bukan sokong Bersih, dia menyokong supaya itu (Najib letak jawatan).
"Saya fikir dia bukan satu orang yang menentang Umno dan Melayu, saya
pasti dia menentang keadaan sekarang," katanya kepada Sinar Online, hari
ini.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu kelihatan berada di sekitar
Dataran Merdeka ketika perhimpunan Bersih 4.0 berlangsung pada Sabtu dan
Ahad lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Dr M ikut rakyat, sebab tak sokong Najib]
Kehadiran kelibatnya itu menimbulkan pelbagai persoalan khususnya di
kalangan pemimpin Umno dan BN, tidak kurang juga yang mengkritik
tindakannya itu.
Dalam pada itu, Sabaruddin selaku bekas Setiausaha Agung Umno berkata
lagi, rakyat kini semakin berani menyatakan pendirian secara terbuka
mendesak Najib berundur secara terbuka.
"Dulu tak ada macam ini (Bersih 4.0), dulu tak ada (1Malaysia
Development Berhad) 1MDB, sekarang ini, mereka tidak suka dengan keadaan
sekarang, itu agaknya mengapa maka usaha secara lain telah dibuat,
tiada (tindakan).
"Saya kira mereka kali ini nampak mereka menyatakan (bantahan) dengan terang meminta PM berundur," katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment