Terkini! Mahathir Hadir Ke Himpunan Bersih 4
29 Ogos 2015
PASIR GUDANG - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
beliau masih memikirkan sama ada untuk turut serta dalam himpunan
Bersih 4.0, di ibu negara, esok.
"Saya dok fikir lagi (dalam loghat Kedah), I'm still thinking," katanya.
Beliau memaklumkan perkara itu di hadapan kira-kira 3,000 hadirin di
Majlis Bicara negarawan bertema Malaysia Hari Ini: Ke Mana Kita? Anjuran
Yayasan Pengurusan Ilmu bersama Kelab Che Det Malaysia di Stadium
Tertutup Pasir Gudang, di sini hari ini.
Pertanyaan mengenai kehadiran Perdana Menteri keempat itu, dilontar
salah seorang hadirin pada sesi soal jawab diakhir majlis yang turut
mengaitkan seruan Mahathir untuk orang ramai menggunakan 'kuasa rakyat'
antara menjadi topik ucapannya terdahulu.
0 orang berkata:
Post a Comment