Turunkan Najib tak selesai skandal, kata Pas
KUALA LUMPUR - Kemelut yang melanda negara ini susulan penyelewengan berkaitan skandal 1Malaysia Development Berhad tidak akan selesai dengan menurunkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Sebaliknya, menurut Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan sekarang perlu bertanggungjawab.
"Isu penyelewengan dana negara, apa jalan keluar? Kita tak mahu tumbang satu sistem jahiliah kemudian dibina satu lagi sistem jahiliah yang baharu. Yang akhirnya masuk empat tahun...lima tahun, sepenggal, dua penggal, balik kepada kerosakan...kehancuran.
"Sekarang isu, 1MDB...Ia tidak selesai dengan turunnya timbalan perdana menteri dan tidak selesai dengan turunnya, Najib sebagai Perdana Menteri.
"Kerajaan yang ada mesti bertanggungjawab, sebab itu kita kata mesti buat perubahan secara menyeluruh di mana rakyat mesti diberi keyakinan," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan Peringkat Pas Wilayah Persekutuan, di sini, hari ini.
Tegasnya, semua pihak tidak sepatutnya menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini sebagai 'usaha mengekalkan' Najib kerana pemimpin nombor satu negara itu perlu bertanggungjawab dengan kegagalannya bagi mengelakkan rakyat terpaksa menanggung beban pada masa akan datang.
"Sebab itu apabila Tuan Guru Presiden kata Najib perlu bertanggungjawab. Jangan kita anggap bahawa ini usaha untuk mengekalkan Najib...Perdana menteri.
"Sebab bagi kita, tukar perdana menteri, kalau ganti dengan yang sama, polisi yang sama, bebanan rakyat terpaksa dipikul berterusan," katanya.
Mengimbau kembali 'pertukaran' perdana menteri sebelum ini yang didakwanya menyebabkan rakyat terpaksa menanggung segala beban yang ditinggalkan bekas perdana menteri.
"Tuan-tuan, ingat ketika Tun Dr Mahathir Mohamad diserang semua institusi yang ada, akhirnya beliau letak jawatan, diganti dengan Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) yang membawa 'Islam hadhari', mari (datang) pilihanraya, rakyat beri kembali mandat kepada Umno-BN.
"Apa akibatnya? Akibatnya rakyat terpaksa pikul beban yang ditinggalkan oleh Tun Mahathir," katanya.
1 orang berkata:
Hanya mereka yang cerdik dan celik akal sahaja faham seruan dan kenyataan Presiden dan Timbalan Presiden Pas mengenai seruan hendak menggantikan Najib dengan orang lain sebagai PM negara, kerana langkah tersebut jelas tidak dapat menyelesaikan masaalah yang dihadapi oleh negara kerana yang akan menggantikan Najib itu nanti adalah dari kelompok yang sama dengan budaya rasuah dan akidah serupa dengan yang diganti. Tambahan pula langkah tersebut akan membebaskan Najib dari pertanggungjawaban terhadap kemelut dan masaalah 1MDB yang akhirnya dilupuskan begitu sahaja. Budaya menutup jenayah dan kesalahan pemimpin dengan menukarkan atau melantik mereka ke jawatan2 baru adalah SOP umno/bn. Lihat saja kes2 beberapa bekas menteri2 Besar dan Ketua2 Menteri yang terjebak dengan jenayah dan salah laku moral beberapa negeri yang dilantik menjadi Yang Dipertuan Negeri atau duta dan sebagainya bagi menutup jenayah yang dilakukan. Akhirnya semua jenayah tersebut dilupakan walaupun kesannya dirasai hingga kini.Pas tidak mahu Najib "dibersihkan" daripada masaalah yang diciptanya sendiri, tetapi mahu dia menyelesaikannya dan jika gagal dia kena bertanggungjawab. Sebenarnya, mengekalkan beliau sebagai PM adalah satu hukuman yang lebih menyeksakan kerana setiap hari dia kena hadapi kemarahan rakyat. Desakan Mahathir dan beberapa pemimpin umno supaya Najib berundur bukan bertujuan untuk menyelesaikan masaalah tetapi lebih untuk menyelamatkan umno dan merebut jawatan PM tersebut untuk anak dan kroni.Begitu juga cadangan untuk menubuhkan kerajaan peralihan oleh Dap, PKR dan GHB dengan kerjasama umno/bn hanyalah satu cara bagi memenuhi tuntutan nafsu puak ini mendapatkan nikmat kuasa sebagai menteri dan sebagaimana melalui cara mudah.Sekali lagi pemimpin2 Pas mendahului pemimpin2 parti lain dalam memahami sepak terajang politik dan kematangan politik walaupun dilabel kolot, jumud, ketinggalan zaman dan sebagainya. Jadi dalam isu Najib, siapakah yang kolot, tidak progresif dan tidak peduli nasib negara dan rakyat???
Post a Comment