Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BUATLAH APA YANG TERBAIK

Boleh hakis kepercayaan pengundi
Rosli Allani Abdul Kadir
Dr Rosli Allani Abdul Kadir
 
KOTA BHARU - Pas seharusnya berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan berhubung kerjasama dengan Umno kerana dibimbangi memberi kesan negatif kepada parti, kata Pemangku Yang dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir. 
 
Menurutnya, pihaknya bimbang ura-ura mengenai perkara itu boleh menghakis kepercayaan pengundi atas pagar dan bukan Melayu kepada Pas.

“Ini kerana corak dan komposisi pengundi dalam Parlimen Kota Bharu hampir sama dengan negeri lebih majmuk seperti Selangor.

“Atas kesedaran itu, kami mencadangkan supaya Setiausaha Agung, Datuk Takiyuddin Hassan mengambil tindakan saman kepada pihak media tertentu yang telah memutar belit kenyataannya bahawa kita (Pas) sedia memaafkan kesalahan Umno,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, langkah tersebut boleh membersihkan nama Takiyuddin sendiri.

Beliau berkata, umum menerima bahawa Umno adalah parti perjuangan Melayu yang tidak seiring dengan prinsip perjuangan Pas.

1 orang berkata:

Anonymous said...

Pas tak perlu bekerjasama dgn Umno secara terbuka tapi secara sulit.Supaya Pas boleh bertanding di kawasan DAp MCa Gerakan Ppp dll dan Umno serta Org Melayu Islam sokong.Contoh Parlimen Seremban Dun Cennah dan Dun Repah di NS.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.