Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DR DZULKIFLI KALAU TAK TAHU MASALAH SIYASAH SYARI'AH LEBIH BAIK TUTUP MULUT

Tindakan Hadi boleh cetus risiko besar
Dr Dzulkefly Ahmad
Dr Dzulkefly Ahmad
SHAH ALAM – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diingatkan supaya tidak melupakan peranan Pas sebagai parti pembangkang yang sentiasa amalkan prinsip ‘tadafuk’ atau semak imbang terhadap segala dasar dan tindakan kerajaan serta mempertahankan maqasid syariah di negara ini. 
Pengarah Strategi Amanah, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, prinsip semak dan imbang itu dalam gagasan politik bukan sesuatu yang harus, tetapi tuntutan dalam Islam.

“Ketika dia mengambil pendekatan (menasihatkan) ini, dia sebenarnya sudah mengeluarkan Pas daripada peranannya sebagai sebuah parti politik Islam yang memenuhi tuntutan ALLAH.

“Bila Pas dan Umno bekerjasama, dia akan meninggalkan satu impak yang besar kepada gagasan politik Malaysia, kita perlukan dua sistem parti, bukan sebuah Melayu Islam Nasionalisme yang kuat,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau mengulas kenyataan Abdul Hadi kelmarin mengenai kesediaan parti Islam itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan bukan kerana pangkat tetapi untuk menjadi penyelamat.

Dengan memetik surah al-Asr, Dzulkefly berkata, surah itu menegaskan tentang konsep nasihat yang sangat penting kepada jemaah Islam dan umatnya dengan makna yang luas, termasuk terhadap musuh yang paling zalim.

Dzulkefly juga berkata, tindakan Abdul Hadi juga membahayakan politik negara dan Islam kerana kedudukan Pas hanya sebagai parti politik pembangkang dan bukan berperanan menjadi penasihat kepada kerajaan.

“Penasihat itu boleh dilakukan oleh mufti, NGO, tabligh, Abim, Ikram, JIM atau sesiapa pun. Lagi pun dia bukan ada kepakaran bidang tertentu seperti ekonomi. Kalau Syariah pun, lebih ramai tokoh besar yang mempunyai PhD, dan bukan dia (Abdul Hadi),” ujarnya.

Beliau berkata lagi jika kerjasama itu diteruskan, Abdul Hadi bakal berdepan dengan gelombang kedua pemberontakan dalam Pas selepas penyingkiran golongan profesional pada Muktamar Pas yang lalu.

“Nasihat saya kepada Tok Guru supaya cermat, jangan keterlanjuran, kerana ia akan mencetuskan satu gelombang kedua kekecewaan khususnya pemimpin-pemimpin akar umbi yang sekian lama mengenali Umno dengan segala kezaliman dan kebobrokan,” tegasnya.

9 orang berkata:

Anonymous said...

Walaupun TGH tak ade Phd Dr Zul tapibTGH sudah diiktiraf dan dipilih oleh Para Ulama Sedunia sebagai org nombor 2 selepas Dr Yusuf Al Qaradawi dlm Persatuan Ulama Sedunia.Ini adalah satu pengiktirafan kepada beliau.

Anonymous said...

Sudah berpuluh buku dan kitab Ilmiah karangan TGH.Tgh juga mempunyai hubungan baik dgn Arab Saudi Mesir Turki Qatar paleatin dll.Jgn Dr Zul nak merendah rendahkan TGH kerana dendam politik.Ulama satu dunia respect dgn Tgh.Siapa kita nak menafikan Tgh dlm dunia Harakah Islamiah.

Unknown said...

Awat ingat semua dr tu cerdik ka.

Anonymous said...

Hj Hadi ulamak jahat akhir zaman. Suka ckp bohong, memaki hamun dan memfitnah orang.

Allah telah buka keaiban beliau krn menjual agama demi kepentingan diri.

Anonymous said...

Betul la cakap Dr Zul tu. Pembangkang bukan asyik membangkang je. Usul bn utk kutuk Israel tak pernah pembangkang membantah. Mana yg tak kena kena bangkang, cadangkn alternatif. Itu tugas parti pembangkang, dan pas memang dah buat benda2 tu. Apa hal nak jd penasihat pulak? Jgnlah asyik terimaaaaa je spa yg HH ckp.

XUMNO said...

Inilah jadinya bila berkawan dengan pemimpin Form 5 Gred 3 dan kena buang dari ITM. Dah ada PhD tapi otak Dr Zul dah bercelaru dan tulis pun merapu.Semak dulu ilmu dan kepakaran Tuan Guru Hj Hadi dalam bidang undang2 syariah dan pengiktirafan ulamak2 dunia terhadap beliau sebelum mahu dikritik. Pemimpin2 Pas sekarang bukan jenis mengaji pondok lagi, tetapi mempunyai ilmu dalam berbagai bidang, tetapi semuanya berlandaskan Hukum Syarak. Mungkin nDr Zul sudah lupa sebab dikaburkan oleh perasaan dendam bahawa Islam bukan tertumpu pada ibadah rutin sahaja, tetapi meliputi keseluruhan ilmu di dunia. Dan peliknya neliau mempertikaikan hasrat Pas untuk menasihati Kerajaan,seolah2 Zul telah luput ingatan tentang suruhan Allah terhadap Mengajak2 kepada Kebaikan dan mencegah Kemungkaran!!! Janganlah beranggapan kamu ada PhD sudah hebat, sebab ijazah PhD melambak, tetapi ilmu dan kepakaran tidak memerlukan ijazah.

Anonymous said...

Dalam Malaysia ni belum ada lagi ulama yg dapat jadi org nombor 2 dlm persatuan Ulama yg dipimpin oleh Dr Yusuf Al Qaradawi kecuali TGH.Kat Indonesia ada berpuluh ribu ulama hebat kat Thailand ada beratus Tok Guru Pondok kat India Pakistan Mesir A Saudi Qatar Yaman semua negara yg ramai ulama.Kenapa TGH dipilih sebagai org nombor 2.Kerana keilmuannya fikrahnya kepimpinannya komitednya kpd Islam.Ini lah bukti pengiktirafan dunia Islam kpd Tgh.

Anonymous said...

Najib ketua penyamun. Hj Hadi kaki maki hamun org nak jd penasihat 25% ketua penyamun. Sehati sejiwa.

Ulamak taraf dunia pun manusia biasa yg buat dosa bkn maksum. Hadi ulamak jahat akhir zaman.

Anonymous said...

Kerana Anuar kempen kat DYAQ. Tu je.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.