Gesaan Amanah jadi ahli majlis dipertimbang
KLANG - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, gesaan
Parti Amanah Negara (Amanah) agar wakil mereka dilantik ahli majlis
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) negeri ini akan dipertimbang sebelum
perkhidmatan ahli majlis tamat tempoh hujung bulan ini.
Menurutnya, perbincangan mengenai perkara itu akan dilakukan dalam masa terdekat.
Timbalan Presiden PKR itu berkata, rundingan bagi kuota pelantikan ahli majlis baru sedang dilakukan.
“Ada parti sudah hantar nama dan kita akan bawa dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) .
“Kita akan buat keputusan dan majlis pelantikan akan dibuat segera,”
katanya ketika diminta mengulas berhubung gesaan Amanah terhadap
pelantikan ahli majlis turut melibatkan parti itu.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Istiadat
Penganugerahan /Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Negeri Selangor
sempena Hari keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah
yang ke-70 yang berlangsung Balairung Seri, Istana Alam Shah, semalam.
Berkenaan pembahagian kuota ahli majlis, beliau yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, perkara itu belum diputuskan.
“Kita akan bawa dalam MMKN akan datang dan kita akan laksanakan pelantikan yang baru secepatnya,” katanya.
Terdahulu, parti Amanah Selangor menuntut agar pembahagian kerusi Ahli
PBT untuk parti itu dibuat segera sebelum perkhidmatan Ahli PBT di
negeri ini berakhir hujung bulan ini.
Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, memandangkan Amanah sudah
membarisi komponen Pakatan Harapan, tiba masanya parti baharu ini
menyumbangkan khidmat dalam pentadbiran PBT.
2 orang berkata:
Persenyawaan antara dua parti UG akan dilaksanakan. Mudah2an hadi akan mendapat tempat menggantikan mohidin. Mudah2an anak dan menantu mendapat tempat sebagai ceo glc. Amin.
Puak pan kebelur jawatan.hahaha.
Post a Comment