ADA BERKAIT DENGAN BISNES POLITIK KOT ? Pak Karamu
SPRM cari dalang rumah urut
SELAIN politik, isu pembukaan banyak pusat hiburan, rumah urut dan judi di Selangor turut mendapat perhatian banyak pihak.
Selain penguatkuasaan daripada Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Selangor juga dikatakan sedang
memberi tumpuan serius dalam hal ini. Mengapa dan siapakah yang
terlibat?
Ikuti tembual Editor Tugas-Tugas Khas Sinar Harian, LAILATUN KHALILAH NASIR bersama Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, DATUK SIMI ABDUL GHANI yang menjawab isu ini dan pelbagai isu lain.
Selangor maju dari sudut pelaburan, pembangunan perniagaan serta
infrastruktur. Kecenderungan penyalahgunaan kuasa dan rasuah sangat
tinggi. Kesalahan jenis apakah yang paling banyak dilakukan di negeri
ini dan ia melibatkan sektor apa?
Kesalahan yang paling cenderung dilakukan adalah kesalahan meminta dan
menerima rasuah di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 dan cubaan
merasuah penjawat awam di bawah Seksyen 17(b) Akta yang sama. Sebanyak
130 kes dilaporkan sepanjang tahun 2010 hingga 2015 melibatkan sektor
awam.
Benarkah wujudnya rasuah di kalangan pihak-pihak yang memegang
kuasa untuk membenarkan kewujudan pusat hiburan, rumah urut dan
perjudian yang ada di negeri ini? Jika ada apakah kejayaan SPRM setakat
ini dan apa yang dilakukan untuk menangani hal berkenaan?
Memang ada dakwaan dan tanggapan wujud pihak-pihak tertentu yang
membenarkan atau memainkan peranan membenarkan kewujudan pusat hiburan,
rumah urut dan perjudian secara haram di Selangor.
Justeru, SPRM Selangor dan Ibu Pejabat SPRM sedang memberi tumpuan
dalam isu ini. Untuk rekod, SPRM telah mengambil tindakan bersepadu
iaitu dengan menahan kakitangan agensi penguatkuasa yang bersubahat
termasuk polis dan pihak berkuasa tempatan yang bersubahat dalam isu ini
pada September lalu.
Jika ada maklumat kukuh, SPRM akan mengambil tindakan sewajarnya bagi
membanteras jenayah rasuah. Perkara ini antara fokus SPRM.
Apa yang penting, orang ramai perlu faham bahawa SPRM hanya boleh
menyiasat kes-kes yang ada elemen rasuah. Aspek lain terletak di bawah
bidang kuasa agensi-agensi lain yang relevan.
Adakah kaedah-kaedah atau strategi baru bagi pengamal rasuah yang berjaya dikesan oleh pihak SPRM setakat ini bagi negeri ini?
Di bawah Program Transformasi, SPRM mengambil pendekatan terkini untuk
mengenal pasti kaedah-kaedah atau strategi baharu yang digunakan oleh
pelaku rasuah.
Ini termasuklah kaedah siasatan melalui ‘Managing TeamBased
Investigation’, perakaunan forensik dan teknik perisikan. Bagaimanapun,
SPRM tidak dapat mendedahkan strategi dan kaedah baharu ini kepada umum.
Di Selangor isu rasuah membabitkan apa yang paling mencabar pihak Datuk untuk diselesaikan?
Kes-kes rasuah yang berbentuk ‘sindiket’ kerana kesukaran untuk
menembusi ‘sindiket-sindiket’ berkenaan. Bagaimanapun, dengan
menggunakan kaedah dan teknik tertentu penyiasatan dan perisikan,
kesukaran ini berjaya diatasi dan telah membuahkan hasil.
Dalam tahun 2015, SPRM Selangor telah berjaya menangkap dan menuduh lima individu melakukan perbuatan rasuah secara ‘sindiket’.
Boleh Datuk jelaskan statistik tangkapan pelaku-pelaku rasuah di Selangor?
SPRM Selangor telah menerima 320 maklumat daripada pelbagai sumber dan orang ramai sepanjang tahun 2015.
Daripada jumlah tersebut, 149 maklumat berunsur rasuah dan dijalankan
siasatan manakala selebihnya dirujuk kepada jabatan dan sebagainya
kerana tidak berunsur rasuah. Kita menangkap 61 individu yang terlibat
rasuah dalam tahun 2015.
Tangkapan tersebut merupakan peningkatan berbanding tahun 2014 sebanyak
39 individu yang telah ditahan. Bagaimanapun, peningkatan tangkapan ini
tidak melambangkan banyak kes rasuah di negeri ini.
Sebaliknya ia menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat tempatan
untuk menyalurkan maklumat berkaitan rasuah kepada SPRM Selangor.
Daripada jumlah 61 tangkapan tersebut, 17 orang daripadanya adalah
penjawat awam, 14 orang swasta dan 30 orang awam serta melibatkan nilai
wang berjumlah hampir RM310,000.
Sepanjang 2015 juga, seramai 27 orang telah dituduh di mahkamah
membabitkan 17 penjawat awam di mana seorang pegawai gred Jusa, empat
pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional, 12 daripada Kumpulan
Sokongan dan 10 orang awam.
Setakat hari ini, berapa kes yang membabitkan pemimpin Selangor
telah berjaya diselesaikan SPRM? Dan, berapa kes pula yang kini dalam
siasatan?
Sepanjang tahun 2010 hingga 2015, sebanyak 10 kes telah berjaya
diselesaikan dan tiada kes yang masih dalam siasatan SPRM Selangor.
Bagaimana sikap rakyat Selangor dalam isu rasuah?
Sebagaimana disaksikan di negeri-negeri lain, rakyat Selangor juga
menzahirkan dan memperlihatkan komitmen untuk memerangi rasuah.
Kerjasama orang ramai juga semakin meningkat.
Banyak pihak yang menandatangani Ikrar Integriti dan Ikrar Integriti
Korporat (CIP). Ini menunjukkan sikap sukarela dengan mengadakan
mekanisme dalaman untuk memerangi rasuah.
SPRM gembira dengan perkembangan ini. Pun begitu, ia belum mencukupi.
SPRM berharap sokongan dan kerjasama ini akan bertambah baik pada tahun
2016. Ini penting kerana usaha memerangi rasuah memerlukan sokongan
semua pihak.
Orang perseorangan dan agensi atau pertubuhan bukan kerajaan boleh
menghubungi kami untuk menjalin kerjasama membanteras rasuah. Baru-baru
ini, DYMM Sultan Selangor juga telah bertitah meminta rakyat segenap
lapisan masyarakat menjauhi rasuah.
Mesej titah baginda sungguh bermakna. SPRM juga berharap orang ramai
akan menerima titah baginda dan melakukan sesuatu. SPRM akan
meningkatkan usaha mencegah rasuah di Selangor.
Kerjasama dengan pihak kerajaan Pakatan Rakyat, pemimpin-pemimpin
masyarakat, NGO dalam menangani isu rasuah di negeri ini pula bagaimana?
Kerjasama yang diterima adalah baik. Sokongan parti-parti politik ke
atas usaha engagement yang dibuat bersama parti-parti politik tersebut
juga adalah baik. Sekali lagi saya berharap kerjasama parti-parti
politik kepada SPRM akan bertambah dan berkekalan sepanjang masa.
Pada tahun hadapan (2016), kami berharap ahli-ahli politik akan
menandatangani Ikrar Integriti untuk menyatakan mereka akan menyokong
usaha pencegahan rasuah sepanjang masa.
Apa sasaran SPRM Selangor untuk tahun 2016?
Sasaran SPRM bagi tahun 2016 ialah menyelesaikan isu-isu
setempat/masyarakat yang berimpak tinggi untuk meningkatkan keyakinan
masyarakat terhadap SPRM melalui Strategi ‘Merakyatkan SPRM’.
Menangani penglibatan ‘orang tengah’ dalam perbuatan rasuah
memandangkan isu ini mendapat perhatian tinggi oleh masyarakat dan
masyarakat mengharapkan SPRM melakukan sesuatu. Kita juga akan memberi
tumpuan lebih kepada kejadian/amalan rasuah di sektor swasta.
2 orang berkata:
oakley sunglasses wholesale
celine outlet
rolex uk
nike free 5
nike air max
michael kors uk
louis vuitton bags cheap
air jordan 4
uggs outlet
burberry outlet store
hollister canada
ray-ban sunglasses
mulberry handbags
ferragamo outlet
nike outlet store
true religion canada
snow boots
beats headphones
beats headphones
chanel handbags outlet
mm0114
شركة مكافحة الرمة بعجمان
شركة مكافحة البق بعجمان
شركة تنظيف مسابح بدبى
شركة تنظيف سجاد بالبخار بدبى
شركة تنظيف موكيت بالبخار بدبى
شركة تنظيف كنب بالبخار بدبى
شركة تنظيف ستائر بالبخار بدبى
شركة تنظيف بالبخار بدبى
شركة نظافة بدبى
شركة تنظيف فى دبى
شركة تنظيف منازل فى دبى
شركات تنظيف المبانى فى دبى
شركة تنظيف شقق فى دبى
شركة تنظيف فلل فى دبى
شركة مكافحة حشرات فى دبى
شركة مكافحة الرمة فى دبى
شركة مكافحة الصراصير دبى
شركة مكافحة الفئران فى دبى
شركة مكافحة البق فى دبى
Post a Comment