Pas, Umno perlu bersama demi orang Melayu
SHAH ALAM - Pas dan Umno perlu ketepikan perbezaan dan cari persamaan untuk bekerja bersama di masa hadapan.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Fuad Othman berkata, ia perlu
dilakukan demi kepentingan Islam dan orang Melayu di negara ini.
Menurutnya lagi, sepatutnya, kerjasama itu bukan sahaja dihulurkan
kepada Pas, malah turut disuakan kepada Parti Amanah Negara (Amanah) dan
juga PKR.
“Sekiranya semua pihak ikhlas demi kepentingan Islam dan Melayu, mereka perlu berbuat demikian.
“Umat Islam perlu mencari jalan penyatuan, bahkan ajak sekali mereka
yang ada dalam PKR dan Amanah,” katanya ketika dihubungi Sinar Online,
hari ini.
Bagaimanapun katanya lagi, kerjasama tersebut perlulah disertai dengan
perjanjian persefahaman bagi mengelakkan sebarang perselisihan di
kemudian hari.
“Sekiranya penggabungan ini berlaku atas dasar penyatuan ummah dan
tiada niat tersirat, ia pastinya suatu perkara yang dialu-alukan,”
ujarnya lagi.
1 orang berkata:
Betul perpaduan itu ajaran Islam.واعتصموا بحبل الله..perkataan حبل الله bermaksud Tali Allah.Tali Allah bermaksud Syariat dan hukum Allah serra perintah Allah..Bersatubdi dalam perintah Allah
Post a Comment