Presiden Pas jawab tawaran kerjasama Umno-Pas
PAS adalah sebuah organisasi yang menjadikan al-Quran
dan as-Sunnah, Ijma' ulama dan Qiyas sebagai rujukan dalam menentukan
prinsipnya termasuklah dalam gerakerja dan tindakan untuk membina masa
depan yang sejahtera.
Lebih enam dekad Pas berjuang membawa Islam dan syariatnya. Pas
mengambil pelbagai ruang dan peluang untuk menyedarkan masyarakat
termasuk pemimpin politik dan negara agar meletakkan agama sebagai teras
pemerintahan dan penyatuan ummah untuk kesejahteraan rakyat seluruhnya.
Pas juga terus berjuang menolak mungkar politik, amalan salah guna kuasa dan tadbir urus, dan kerosakan akhlak serta rasuah dalam praktis bernegara.
Pastinya apabila ada suara positif yang selari dengan kepentingan Islam, negara dan rakyat majmuk keseluruhannya, Pas selamanya berlapang dada dan bersikap terbuka terhadap hasrat perpaduan dalam bermasyarakat berteraskan syariat ALLAH SWT dengan mana - mana pihak, samada Islam atau kalangan bukan Islam.
Berdasarkan prinsip inilah, maka sebarang perkembangan baharu dalam gerak politik Pas akan dinilai, dibincang, dan diputuskan diberbagai peringkat proses dalaman parti, termasuklah perbincangan oleh Jawatankuasa Pas Pusat sehingga mencapai keputusan secara kolektif.
Pas juga ingin membuat seruan, betapa kini masa yang sangat sesuai untuk Umno kembali kepada Islam dan mengamalkan cara hidup Islam dalam segenap sendi perjuangannya, samada politik, sosial mahu pun ekonomi. Pas beriman kepada Allah bahawa pintu taubat tidak pernah ditutup dan rasa keinsafan yang murni adalah kunci mendapat keampunan dari ALLAH SWT.
Pas ingin menegaskan bahawa pada waktu ini, Pas adalah rakan Tahaluf Siyasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan komited dengan kerjasama ini sebagaimana yang dicapai dalam Muktamar dan diluluskan oleh Majlis Syura Ulama Pas Pusat.
*Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan Presiden Pas

* Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan Sinar Harian Online.
1 orang berkata:
Pengobatan Kanker Darah paling Mujarab
Pengobatan Kanker Kulit paling Mujarab
Post a Comment