Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

kita tengok apa kesudahan isu ni

PM, KPN bincang kenyataan Dr M
Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
 
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mendapatkan pandangan pihak berkuasa berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini, yang mendesak penahanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2015 (Sosma). 
 
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata beliau akan berbincang dengan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar jika terdapat bukti yang kukuh mengenai perkara tersebut.

"Saya tidak tahu. Perkara itu di bawah bidang kuasa pihak berkuasa, khususnya dalam isu ini, pihak polis," katanya pada sidang media bersama Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di luar Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Ahmad Zahid dan Hishammuddin, adalah Naib Presiden Umno.

Dr Mahathir membuat gesaan itu semasa berucap pada satu majlis di Kampung Baru di sini, Isnin lepas.

Sementara itu, mengenai isu derma RM2.6 bilion, Ahmad Zahid berkata, perincian mengenai derma itu akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.