KUALA LUMPUR - Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar diperintah
oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membayar ganti rugi RM200,000
kepada bekas Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr Hasan
Mohamed Ali.
Ia berhubung dakwaan kononnya bekas Exco kerajaan negeri Selangor dan
bekas Pesuruhjaya Pas Selangor itu menerima tajaan atau sumbangan
daripada Umno- Barisan Nasional (BN) dan Kementerian Belia dan Sukan
(KBS) dalam setiap siri ceramahnya, tiga tahun lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Hasan Ali saman Mahfuz, Khalid Samad]
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Nor Bee Ariffin, sebentar tadi.
Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut diperintah membayar kos RM30,000.
Menerusi pernyataan tuntutan yang difailkan pada 12 April 2012, Hasan
mendakwa Mahfuz telah mengeluarkan kenyataan fitnah dalam satu sidang
akhbar pada 2 Mac tahun sama dan ia diterbitkan di beberapa akhbar serta
laman portal.
Hasan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan satu injunksi menghalang Mahfuz mengulangi kata-kata fitnah tersebut.
1 orang berkata:
Ranum la mempelam harum manis tu.
Post a Comment