Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENJELANG 2016 RAKYAT DERITA

Kerajaan Perlu Serius Tangani Kos Sara Hidup Menjelang 2016

Kenyataan Media Rasmi
Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM)

KERAJAAN PERLU SERIUS TANGANI KOS SARA HIDUP MENJELANG 2016

1.    DPPM menyatakan rasa kesal dengan kenyataan-kenyataan ‘sambil lewa’ yang dikeluarkan pihak kerajaan sebagai sebahagian dari respon terhadap isu-isu penderitaan rakyat yang berbangkit sepanjang tahun ini termasuk terbaharu adalah kenyataan #2Kerja yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ahmad Maslan melalui laman media sosialnya.

2.    DPPM melihat pandangan yang dikemukakan itu tidak sesuai untuk diutarakan bagi merujuk kepada kenaikan kos sara hidup yang dihadapi kebanyakan rakyat ketika ini. Ia sesuatu yang ironi apabila kerajaan menggalakkan rakyatnya bekerja lebih masa sedangkan kenaikan kos sara hidup mampu ditangani jika kerajaan sendiri ‘bekerja lebih masa’ untuk mengurangkan bebannya kepada rakyat.

3.    Asas permasalahannya adalah mengenai kenaikan gaji yang tidak sepadan dengan kenaikan kos sara hidup hari ini dan polisi-polisi ‘separuh masak’ (half-baked policies) daripada kerajaan terutamanya mengenai perlaksanaan system cukai GST dan kenaikan-kenaikan kos tambang dan sebagainya yang menyumbang kepada kenaikan harga barang dan kos sara hidup secara keseluruhannya.

4.    Di Sweden, langkah proaktif telah diambil dengan mengurangkan waktu bekerja kepada enam jam sehari. Selain memberi fokus yang lebih dalam menyiapkan tugasan kerja, waktu yang tersedia dapat diberikan kepada aktiviti sosial yang lain dan ini dapat memberikan satu gaya hidup yang lebih sihat kepada rakyat di sana.

5.    Ironinya, ia tidak berlaku di Malaysia. Para pekerja terpaksa keluar di awal pagi mengelakkan kesesakan kemudian balik di lewat petang kerana jadual bekerja termasuk kesesakan yang teruk dan cadangan tambahan kerja pula dilakukan pada waktu malam. Adakah ini suatu yang rasional diutarakan oleh kerajaan walaupun hakikatnya inilah keperitan yang sedang dihadapi rakyat saban hari bagi mencari rezeki?

6.    Lebih membimbangkan adalah kesan negatif terhadap sosio-ekonomi yang akan berlaku jika kedudukan ekonomi kekeluargaan ini tidak ditangani dengan baik seperti peningkatan kadar jenyah harta benda, kurangnya perhatian terhadap pendidikan dan kehidupan sosial anak-anak. Ini akan menjuruskan negara kepada masalah yang lebih besar iaitu masalah gejala sosial yang melibatkan aspek akhlak dan moral masyarakat.

7.    DPPM ingin menegaskan supaya kerajaan memberi perhatian yang mendalam terhadap masalah rakyat disamping membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin parah ketika ini. DPPM juga menyarankan kerajaan supaya terlebih dahulu melakukan #2Kerja iaitu melaksanakan tugas sebagai kerajaan dengan penuh amanah dan menyelesaikan masalah kos sara hidup sebelum memberi saranan tersebut #2Kerja kepada rakyat.

Sekian.

"Mempersiap Generasi Kemenangan"

“Beristiqamah Hingga Kemenangan”


NIK MOHAMAD ABDUH BIN NIK ABDUL AZIZ
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM).
(Ahli Parlimen Pasir Mas)


Selasa, 17 Rabi’ul Awwal 1437H | 29 Disember
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.