Memang ada pihak tidak selesa Umno-Pas bersatu
PUCHONG – “Memang akan ada parti lain (pembangkang) tidak selesa
apabila bangsa majoriti mula bersatu, bagi saya perasaan itu timbul
kerana anggap‘cita-cita’ masa depan mereka mungkin akan gagal,” kata
Ketua Umno Bahagian Puchong, Datuk Dr Mohamad Satim Diman.
Mengulas kewajaran kerjasama Umno-Pas ketika ini, Mohamad Satim
berkata, ia petanda baik penyatuan ummah yang kini berdepan cabaran
apabila bangsa Melayu dilihat sudah mula berpecah.
“Kita lihat sekarang ni tiada cara lain selain daripada kena bersatu
dan bertoleransi dalam bentuk persefahaman antara satu sama lain,”
katanya selepas merasmikan Kejohanan Badminton Tertutup Warga Puchong
Badminton Team, di Puchong Utama, hari ini.
Beliau berkata, bangsa Melayu perlu mengambil iktibar di atas apa yang
berlaku selama ini, parti pembangkang yang bersifat perkauman mengambil
kesempatan untuk merosakkan dan mewujudkan perpecahan dalam bangsa
Melayu.
“Kita tahu apa cita-cita mereka (parti pembangkang), sekarang ni kena
melihat permasalahan dan sejarah, sejak kebelakangan ini nampak
perpecahan ketara antara Melayu, sedangkan sebagai kaum majoriti perlu
menjadi contoh kepada bangsa lain,” katanya.
Menurutnya lagi, beliau mengalu-alukan jika Umno dan Pas bersatu dengan
mengikut kata pepatah ‘buang yang keruh ambil yang jernih’.
“Sudah tiba masanya kaum Melayu bersatu apatah lagi dalam konsep
seagama dan sebangsa, parti lain memang nampak tidak selesa, mereka
tidak hormat pemimpin cuba lihat apa yang dilakukan sebelum ini termasuk
kejadian memijak gambar pemimpin,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Dah habis kau bedal duit rakyat..nak ajak bersatu konon..
Post a Comment