Ku Nan: Muhyiddin boleh berucap asalkan...
PUTRAJAYA - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh
berucap pada satu majlis perhimpunan yang dijadual diadakan di Kuala
Lumpur malam ini namun diingatkan agar tidak melampaui batas, kata
Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
Katanya, beliau tidak mengetahui 'desas desus' Muhyiddin akan berucap
dalam satu perhimpunan khas di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru,
malam ini.
Bagaimanapun, Tengku Adnan berkata, terpulang kepada bekas timbalan
perdana menteri itu jika mahu memberi ucapan pada majlis itu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ucapan TSMY, Shafie: Biar mesyuarat 9 Dis tentukan]
"Hanya jangan melampaui batas, jika tidak, kami akan mengambil
tindakan," katanya kepada media selepas menghadiri 'Program Back to
School' di Menara Seri Wilayah di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan
berkata, kementeriannya telah melaksanakan program pemberian barangan
keperluan sekolah termasuk beg sekolah, alatan menulis dan bekas air
minuman, sejak tahun lepas.
"Pemberian kepada murid-murid Tahun Satu kali ini melibatkan 3,200 di
semua 14 sekolah di kawasan Putrajaya," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment