Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Nasib Muhyiddin tak dibincang malam ini
Ahmad Zahid Hamidi
Zahid Hamidi
 
KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Umno malam ini adalah bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Presiden Umno. 
 
Menurut Ahmad Zahid, sebaliknya mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan dua agenda yang menjurus kepada kelancaran perjalanan Perhimpunan Agung Umno.

"Lazimnya agenda yang dibincangkan adalah mengenai perbentangan persiapan perhimpunan. Ia biasanya dibentangkan oleh Pengerusi Tetap Umno dan timbalannya.

"Selain itu taklimat juga akan disampaikan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Naib Presiden Umno) berkaitan pelarasan perhimpunan," katanya pada sidang media, hari ini.

Katanya, selain dua agenda tersebut, tiada agenda lain akan dibentangkan.

Sebelum ini tersebar khabar angin mengatakan bahawa nasib bekas timbalan perdana menteri itu akan di tentukan pada mesyuarat yang bakal berlangsung jam 8 malam nanti.

Berkenaan Muhyiddin yang akan dirujuk kepada jawatankuasa disiplin parti, Ahmad Zahid berkata ia adalah tatacara dan tataetika dalam Perlembagaan Umno.

"Kertas siasatan akan disiapkan untuk melihat jika ada aspek yang dikemukakan melanggar perlembagaan, peraturan dan tataetika. Saya tidak fikir tindakan tergopoh-gapah akan diambil. Kebijsanaan presiden parti tetap menjadi keutamaan. Bagaimanapun kami mendengar suara akar umbi dan perwakilan.

"Bukan kerana kami mahu supaya tindakan dilakukan segera. Kami merasakan beberapa perkara harus diberi keutamaan," katanya.

Muhyiddin, yang kebelakangan ini lantang mengkritik Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan dana politik RM2.6 bilion, mengulangi lagi kritikannya itu terhadap kepimpinan parti serta isu terbabit pada Isnin lepas.

Kritikan itu dilontarkannya pada 'Majlis Bersama Timbalan Presiden Umno' di Kelab Sultan Sulaiman di Kampung Baru di sini yang dianjurkan Pemuda Umno Cawangan Sungai Rasau, Sepang.
Diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Mansor semalam bahawa pihaknya akan menyerahkan laporan berhubung tindakan Muhyiddin itu kepada Jawatankuasa Khas Umno untuk tindakan selanjutnya, Ahmad Zahid berkata:    "Kertas siasatan itu telah disiapkan oleh ibu pejabat Umno untuk melihat jika Muhyiddin telah melanggar peraturan, perlembagaan atau tata etika parti.

"Saya tidak fikir ia (Umno) perlu gopoh-gapah dalam tindakan. Kami mendengar suara akar umbi, mendengar suara perwakilan dan akan serahkan keputusan yang akan dibuat apabila tiba waktunya kepada presiden parti," katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.