Kehadiran Muhyiddin di PAU 2015 disambut meriah
KUALA LUMPUR - Kehadiran Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin
Yassin ke Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015 pada petang ini disambut
meriah oleh para penyokongnya.
Laungan takbir dan pujian semangat ke atasnya bergema sejurus ketibaan beliau pekarangan PWTC.
"Hidup Tan Sri, Allahuakbar," itu antara laungan penyokongnya.
Muhyiddin yang hadir bersama isterinya segak mengenakan baju Melayu berwarna krim putih.
Selepas tiba beliau terus menuju ke Dewan yang menempatkan para perwakilan Pemuda.
Kehadiran Muhyiddin secara tiba-tiba di Dewan Tun Dr Ismail
menyebabkan Perwakilan Bukit Bintang, Jefri Zain yang sedang membahaskan
ucapan dasar Ketua Pemuda terhenti seketika.
Kemudian Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kelihatan turun dari pentas dan menyambut ketibaan Muhyiddin dan bersalam.
0 orang berkata:
Post a Comment