TEMAN DAH KABO, ELOK KITA BERPISAH JE NGAN PKR NI - Pak Karamu
Pas usah bermain politik di media
Pas usah bermain politik di media
SHAH ALAM - Pas Kuala Kangsar diingatkan supaya tidak bermain politik
di dada akhbar sahaja di sebaliknya kritikan DAP Perak terhadap kerajaan
kerana menyekat dua atlet Israel ke kejohanan luncur angin di Langkawi.
Pengerusi PKR Perak, Dr Mohd Nur Manuty berkata, Pas negeri itu
sewajarnya mendapatkan penjelasan dahulu berbanding membuat andaian
sendiri.
"Apa pun kena tanya MPN negeri dulu, jangan main surat khabar saja,
eloklah bertanya kalau nak cari kebenaran. Kita tak buat kenyataan saja,
umum mengetahui pendirian kami dalam hal ini (Israel) cukup jelas dari
mula.
"Ini pendirian ummah, bukan pendirian Pas Perak saja tak bersetuju
(dengan kritikan DAP), tak benar (dakwaan Pas Kuala Kangsar) kita
bersetuju dengan pendirian DAP itu," katanya kepada Sinar Online, hari
ini.
Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Pas Kuala Kangsar, Dr Raja
Ahmad Iskandar Raja Yaacob semalam dilaporkan sebuah portal mendakwa PKR
Perak berdiam diri terhadap kritikan DAP itu.
Ahad lalu, Ketua Biro Pembangunan Ekonomi DAP Perak, Chong Zhemin
mengkritik Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar
berhubung penafian visa dua atlet Israel, Yoav Omer dan Noy Drihan untuk
menyertai kejohanan Persekutuan Pelayaran Antarabangsa (ISAF).
Bagaimanapun setelah Chong dikritik hebat termasuk Mufti Perlis, Datuk
Dr Asri Zainul Abidin, Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata anak
buahnya itu telah menarik balik kenyataan itu.
Nga berkata, kenyataan Chong itu tidak mewakili parti berkenaan.
Sehari selepas dikritik hebat, Chong muncul dalam satu kenyataan sambil
mendakwa pendiriannya itu telah diputarbelitkan pihak tertentu bahawa
beliau berpihak kepada Israel.
Dalam kenyataan sama, Chong menegaskan beliau menyokong perjuangan
rakyat Palestin dan menolak kekejaman serta kezaliman regim Zionis yang
menindas rakyat Palestin.
1 orang berkata:
dự án chung cư vinhomes mễ trì | Mua biệt thự vinhomes Paradise | dự án căn hộ vinhomes liễu giai | dự án vinhomes cao cấp | tiện ích dự án vinhomes | thiết kế căn hộ vinhomes
Post a Comment