Pas gesa DAP tarik balik kenyataan isu visa atlet Israel
SHAH ALAM – Pemuda Pas Perak mendesak DAP menarik balik kenyataan
berkait isu penafian visa dua atlet luncur angin Israel yang dikatakan
telah mengguris perasaan rakyat Malaysia dan segera memohon maaf.
Ketua Dewan Pemuda Pas Perak, Mohd Akmal Kamaruddin berkata, menafikan
visa Israel suatu perkara yang sangat kecil jika dibandingkan dengan
kezaliman yang dilakukan Israel terhadap Palestin.
“DAP sepatutnya perlu lebih peka dengan politik dan hubungan
kemanusiaan di luar negara. Tindakan Ketua Biro pembangunan Ekonomi DAP
Perak, Chong Zheminn menimbulkan persoalan tentang parti (DAP) yang
katanya membawa agenda keadilan dan hak asasi manusia (namun) menyokong
Israel yang secara rakus menyerang dan menindas Palestin serta
rakyatnya,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sebelum ini, Chong Zheminn dilaporkan menyelar keputusan kerajaan
menolak visa dua peserta luncur angin dari Israel, Yoav Omer dan Noy
Drihan yang dijadual menyertai Kejohanan Luncur Angin Belia Dunia
anjuran Persekutuan Luncur Angin Antarabangsa (Isaf)di Langkawi, hari
ini.
Dalam pada itu, Pas Perak menyatakan sokongan kepada keputusan kerajaan
itu yang tidak membenarkan dua peserta Israel itu menyertai kejohanan
tersebut.
“Tindakan itu sangat bertepatan memandangkan Malaysia merupakan sebuah
negara berdaulat yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara
Israel. Malahan Malaysia juga antara negara yang terkehadapan dalam
menentang kezaliman yang dilakukan oleh regim zionis Israel.
“Dewan Pemuda Pas Perak turut merakamkan ucapan tahniah atas ketegasan
kerajaan dalam isu membabitkan Israel dan keamanan Palestin,” katanya.
4 orang berkata:
Terang2 dah dap sokong yahudi tu pun puak2 mat sabu dok sokong lagi...
Terang2 dah umno kerjasama dengan apco yahudi tu pun puak2 hadi awang dok sokong lagi...
Pas ajaran sesat nak jd penasihat parti penyamun Umno.
Umno tak kerjasama dgn apco, umno ambil nasihat dari apco. Skrg ni pas nak gnti apco. Dgr umno byr mahal wooo kat apco. Berbillion hinggit. Kalu pas dpt ganti apco,......
Post a Comment