2015 tahun 'gelap' bagi Pas?
TAHUN 2015 melakar sejarah hitam buat Pas apabila
kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan DAP berakhir di tengah
jalan susulan perbalahan antara dua parti pembangkang itu tidak dapat
dibendung lagi.
Usul Dewan Ulama Pas itu diluluskan Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa
bahas pada Jun lalu mendapat sokongan sepenuhnya Majlis Syura Ulama
(MSU) Pas selepas sebulan mempertimbangkan cadangan itu.
Tindakan DAP yang didakwa melakukan provokasi berterusan, membuat
keputusan mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat
termasuk campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat Pas antara
alasan kukuh untuk menamatkan kerjasama itu.
Bukan setakat itu, kecaman DAP kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri
Abdul Hadi Awang kerana membawa usul Rang Undang-Undang (RUU)
Persendirian mengenai pindaan kuasa Mahkamah Syariah di Kelantan turut
memberi kesan kepada MSU dalam mempertimbangkan kerjasama itu sejak 2008
lagi.
Keadaan itu turut mengundang ketidakstabilan Pakatan Rakyat hingga
terbubarnya gabungan pembangkang itu kerana pendirian Pas memutuskan
hubungan dengan DAP sebaik sahaja Muktamar Tahunan Pas berakhir pada 6
Jun lalu.
Ia rentetan daripada tindakan DAP sendiri yang terlebih dahulu
memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi pada 24 Mac lalu kerana didakwa
'tidak jujur' dalam kerjasama politik itu hingga menyebabkan Pakatan
Rakyat terumbang-ambing.
Perjalanan politik Pas semakin rumit apabila golongan profesional yang
mengimbangi kepimpinan parti Islam itu keluar beramai-ramai dan
menubuhkan parti baharu.
Nama-nama seperti bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; bekas Naib
Presiden, Salahuddin Ayub; bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat
iaitu Khalid Abdul Samad, Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly
Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Siti Mariah Mahmud.
Mereka ini dikatakan pemimpin pro-Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi
dikenali sebagai kumpulan Anwarinas meninggalkan parti Islam itu apabila
gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan menyertai NGO Gabungan
Harapan Baru (GHB).
Belum pun 'luka' Pas sembuh, NGO itu menambahkan sengsara parti Islam
itu apabila menyerang kepimpinan ulama yang kembali mendominasi hierarki
teratas Pas selepas Muktamar Tahunan Ke-61, Jun lalu.
Kumpulan progresif itu yang pada awalnya dinamakan G18 itu hanya
meninggalkan Pas selepas Parti Amanh Negara (Amanah) ditubuhkan secara
rasmi pada 1 Oktober lalu.
Sehingga kini Pas kehilangan 11 wakil rakyat apabila enam Ahli Parlimen dan lima lagi Adun mereka bertindak melompat parti.
Sepuluh daripada jumlah itu menganggotai Amanah manakala Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar memilih menyertai PKR sebagai platform politik baharunya.
Pas kembali bersendirian selepas 70-an ketika menyertai Parti Perikatan, Barisan Alternatif dan kini gagal pula bertahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat kerana mempertahankan agenda negara Islam dan hukum hudud mendahului kepentingan bersama pakatan pembangkang itu.
Liku Pas dalam arena politik Malaysia tidak terhenti di situ malah dituduh pula bersengkongkol dengan BN apabila berkecuali dengan parti pembangkang lain untuk tidak menyokong Bajet 2016 dan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Pas dianggap musuh dalam selimut ketika bersama PR kerana didakwa cenderung untuk menubuhkan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.
Khabar angin itu semakin nyata apabila bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pula mendedahkan bahawa Abdul Hadi pernah mengaku menjadi dalang kepada penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor pada 2008.
Pas kembali panas dengan isu kerajaan perpaduan dan kini menunggu untuk bersemuka dengan Dewan Harian Pas Pusat kerana pendedahannya begitu serius kepada masa depan parti Islam itu.
Pas tidak pernah lekang daripada isu dan laluan parti Islam itu menjelang PRU14 semakin sukar kerana 'keangkuhannya' melangkaui kepentingan parti pembangkang lain.
1 orang berkata:
oakley sunglasses wholesale
celine outlet
rolex uk
nike free 5
nike air max
michael kors uk
louis vuitton bags cheap
air jordan 4
uggs outlet
burberry outlet store
hollister canada
ray-ban sunglasses
mulberry handbags
ferragamo outlet
nike outlet store
true religion canada
snow boots
beats headphones
beats headphones
chanel handbags outlet
mm0114
Post a Comment