Ada parti mahu sertai gabungan Pas-PKR
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul
Aziz hari ini tidak menafikan wujud parti-parti politik yang berminat
untuk menyertai gabungan mereka iaitu antara Pas dan PKR.
Enggan mengulas lanjut, Nik Abduh bagaimanapun berkata, perkara
tersebut tidak boleh didedahkan kerana ia masih dalam peringkat
perbincangan.
"Memang saya tidak nafikan. Ada parti yang berminat dengan gabungan kami.
"Itu masih dalam perbincangan dan ia adalah antara perkara baharu yang
kami buat dalam parti," katanya dalam sidang media di Pejabat Agung Pas
Pusat di sini, hari ini.
Sebelum ini, Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah
membayangkan kemungkinan ada parti lain yang sedang dalam proses
perbincangan untuk menyertai gabungan dua parti itu.
Mohd Amar berkata demikian ketika ditemui selepas Mesyuarat Mingguan Exco pada 9 Disember lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas: Ada parti lain mahu sertai gabungan]
Mengulas lanjut, Nik Abduh berkata, apa yang penting adalah rakyat
turut bersama-sama dengan Pas dan PKR dalam perjuangan mereka.
"Yang penting adalah rakyat bersama kami. Keutamaan kami adalah penyelesaian isu-isu semasa dan negara," katanya lagi.
5 orang berkata:
Klu ada pakatan pas-pkr, kami undi pkr aje. Pas kami tak undi.
Undi pas bermakna undi umno. Mustafa muhamad kata kerjasama pas-umno (UG) SUDAH berjalan 2 tahun sejak Ahmad Yakob jd MB.
Masih nak kata hussam fitnah?
So bila Pas nak ambil tindakan dgn bukti yg hussam bagi tempoh hari? Nak tunggu hingga kena patuk ular 2 kali?
Dah lama tahu dah. Kalau Mustapa tak bgtau pun kita sudah tau.
Pas tak akan dipatuk ular kerana ia sebahagian dari kumpulan ular tersebut
Saya sekeluarga mengucapkan banyak trima kasih kepada AKI MUPENG karena atas bantuannyalah saya bisa menang togel dan nomor gaib hasil ritual yang di berikan AKI MUPENG bener-bener dijamin tembus dan saat sekarang ini kehidupan saya sekeluarga sudah jauh lebih baik dari sebelumnya itu semua berkat bantuan AKI kini hutang-hutang saya sudah pada lunas semua dan.sekarang saya sudah buka usaha sendiri. jika anda mau bukti bukan rekayasa silahkan hubungi/sms AKI MUPENG di 0852 9445 0976 insya allah angka beliau di jamin tembus dan beliau akan menbantu anda selama 3x putaran berturut-turut akan memenangkan angka togel dan ingat kesempatan tidak datang 2x,trima kasih.
Post a Comment