Zahid kepada Muhyiddin: Jangan sampai Umno b'pecah
PUTRAJAYA - Perhimpunan yang akan dihadiri Timbalan Presiden Umno, Tan
Sri Muhyiddin Yasssin di Kelab Sultan Sulaiman malam ini diharap tidak
akan menjadi platform yang boleh memecah-belahkan keharmonian parti.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, walaupun
perhimpunan itu dibenarkan dari aspek perundangan namun dari sudut tata
etika parti, ia tidak harus diadakan di luar Perhimpunan Agung Umno yang
akan bermula esok.
"Saya faham tokoh atau individu berkenaan tidak ada ruang secukupnya
untuk melontarkan pandangan sehingga menjadikan perhimpunan itu sebagai
alternatif untuk memperjelas, mempertahankan isu-isu yang dirasakan
mereka harus dibuat kepada kumpulan atau individu yang bersimpati.
[ARTIKEL BERKAITAN: Ku Nan: Muhyiddin boleh berucap asalkan...]
"Namun, pada hemat saya individu dan penganjur tidak berhasrat jadikan
Umno berpecah tetapi hanya untuk melontarkan pandangan yang harus
didengar oleh kami pimpinan dalam kerajaan serta Umno," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata demikian dalam
sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Perundangan dan
Menteri Penasihat kepada Perdana Menteri Australia bagi Menangani
Keganasan, Michael Keenan di sini, hari ini.
Ahmad Zahid menegaskan ahli Umno seharusnya menggunakan Perhimpunan
Agung Umno iaitu perhimpunan terbesar parti sebagai medan melontarkan
pandangan danbukannya memilih platform lain.
"Jadi, saya fikir eloklah jika dapat kita (ahli Umno) tidak
bersama-sama pada perjumpaan itu kerana ia memberikan gambaran
seolah-olah ada serpihan yang sedang berlaku dalam parti," katanya.
Ditanya kesan perhimpunan itu kepada Perhimpunan Agung Umno, Ahmad
Zahid berkata, Umno sudah berpengalaman berdepan situasi sedemikian
seperti ketika era pertembungan Team A dan Team B dan pemecatan Datuk
Seri Anwar Ibrahim daripada Umno dan timbalan perdana menteri. - Bernama
2 orang berkata:
ada juga ya perhimpunan malamnya
ada dua kubu ya,pecah belaqh
Post a Comment