Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ADA RAHSIA AMANAH BULI PKR

BERPECAH ? SEPATUTNYA PKR YANG  RELAVAN BERTANDING DI DUA PRK K.KANGSAR DAN SUNGAI BESAR, BUKAN AMANAH, NAMUN TETIBA KITA DENGAR AMANAH YANG BERTANDING, INI SEBAB DAP SOKONG KUAT AMANAH YANG BERTANDING SEBAB NAK TEST POWER SOKONGAN DARIPADA PENGUNDI PAS. KONON ANGGOTA PAS RAMAI IKUT AMANAH DARI IKUT PAS, MAKA MELOPONGLAH PKR, DAN PKR PUN SEGAN GAK DENGAN DAP, SEBAB DAP DAH JADI KEPALA PADA PAKATAN HARAPAN.
 
LOJIKNYA PERCATURAN POLITIK INI PARTI PKR LEBIH BERPELUANG BERTANDING  DARIPADA PARTI AMANAH KERANA AHLI PKR LEBIH RAMAI DARI AMANAH. NAMUN DISEBABKAN AMANAH NAK TEST POWER MAKA PKR KENALAH AKUR DAN MENYERAH KALAH SAHAJA, TAMBAHAN PULA PKR NAMPAK DIBELAKANG AMANAH DAP SOKONG KUAT, MAKA MELOPONGLAH PKR, TANGGUNGLAH !!! - Pak Karamu                                                                                                        
 
 
Pembangkang akan lebih berpecah selepas PRK?
PRK Kuala Kangsar, PRK Sungai Besar

SHAH ALAM – Pertembungan lebih satu lawan satu antara pembangkang bukan sahaja membuka peluang dan kelebihan buat BN, malah ia juga boleh meluaskan jurang antara parti-parti pembangkang.

Penganalisis politik Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar mungkin akan menjadi penentu masa depan Pakatan Harapan dan Pas.

Ini memandangkan keadaan yang semakin tegang antara Pas dan Pakatan Harapan dalam usaha merebut kerusi di kedua PRK.

“Segala-galanya berkemungkinan. Apa yang berlaku pada PRK kali ini boleh memberi kesan kepada Pakatan Harapan khususnya Amanah (Parti Amanah Negara) dan Pas.

“Ia juga boleh memberi kesan kepada hub Pas dengan PKR, antara PKR dan Amanah serta antara Amanah dengan DAP,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Ahli Parlimen Kapar, Manivanan Gowin pada hari ini mengesahkan akan berkempen menentang calon Pas, Dr Abdul Rani Osman yang bertanding pada PRK Sungai Besar.

Manivanan berkata, meskipun pada mulanya ahli Parlimen PKR itu tersepit dengan situasi tersebut, beliau akhirnya memilih untuk mengutamakan prinsip perjuangan parti yang didukung selama ini.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.