Pas tiada kompromi dengan Amanah agihan kerusi PRU14
KOTA BHARU - Pas tidak akan memberikan kerusi tradisi yang pernah
ditandinginya dalam pilihan raya kepada Parti Amanah Negara (Amanah)
pada PRU14.
Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, beliau
mencadangkan supaya Amanah bertanding di kerusi yang tradisinya
ditandingi DAP jika ia ingin menang dalam pilihan raya itu nanti.
"Amanah kalau dia nak hidup kena bertanding atas kerusi DAP, dia ada
harapan menang, kalau bertanding atas kerusi PAS dia akan kalah.
"Sepatutnya DAP beri kerusi kepada Amanah sebab Amanah anak buah dia,
nampak sinonim kedua-duanya," katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan ceramah politik di Pasir Tumboh di sini, malam tadi.
Amanah adalah parti serpihan Pas yang kini diketuai bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu.
Tuan Ibrahim berkata, kajian yang dibuat oleh Pas terhadap keputusan
Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Parlimen Kuala Kangsar
baru-baru ini, mendapati Amanah mendapat sokongan dari kawasan pengundi
bukan Melayu.
Beliau juga berkata Pas akan bertanding di tempat yang tradisi parti
itu bertanding di seluruh negara dan tidak akan berkompromi dengan
parti lain termasuk DAP dan Amanah. - Bernama
4 orang berkata:
Tak habis lg. Cukup2lah pergi kutip sampah!
Amanah pun patut diam lah.pergi cuci kandang babi cina dap tu.
Pembetulan.. bukan Amanah tapi PAN..
Pergilah Angkut Najis juga..
Post a Comment