'Tampil ke depan kalau betul anak jantan'
SHAH ALAM – "Kalau dia anak jantan, kalau dia berani, sila datang
kemukakan bukti dan jangan hanya buat dakwaan,” demikian bidas Timbalan
Pengerusi PKR Selangor, Zuraida Kamaruddin.
Zuraida berkata demikian ketika menjawab dakwaan kekayaan luar biasa
yang dimiliki seperti yang tersebar di Facebook sejak beberapa hari
lalu.
“Saya tak faham khabar angin seperti itu. Kalau dia anak jantan, dia berani, sila datang kemukakan bukti.
“Saya tak nak rendahkan martabat saya melayan orang-orang yang buat
cerita dan fakta tak betul,” katanya ketika dihubungi Sinar Online, hari
ini.
Sebuah akaun Facebook di atas nama Captain M sebelum ini mengeluarkan
dakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyiasat
dan menahan Zuraida yang dikatakan sebagai proksi Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menguasai semua projek dan tender
Peruntukan Marris yang disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT)
untuk kos bawah RM3 juta.
Zuraida juga didakwa memiliki kekayaan luar biasa dan beberapa aset milik Zuraida turut disenarai dalam pendedahan tersebut.
Sementara itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki hari ini
berkata, pihaknya tidak menjalankan siasatan ke atas Zuraida seperti
dakwaan yang tersebar.
[ARITKEL BERKAITAN: SPRM nafi akan tahan lagi wakil rakyat Selangor]
“Kita ikut saluran yang betul. Kalau dia datang dengan cara yang betul,
saya akan lawan dan jawab dengan saluran yang betul,” katanya lagi.
1 orang berkata:
Sakit kalahpun blum hilang perang team a n team b masih diteruskan.azmin perlu berhati hati.byk kawan suka tikam kawan sendiri demi habuan lebih lumayan
Post a Comment