Hujah sungguh lapok, tak de hujah lain ke ? Soal ekonomi dan pelajaran adalah hujah setiap pilihanraya sejak tahun 50an. Apabila hujah ini di jadikan modal, seolah-olah kerajaan UMNO/BN memperbodohkan rakyat, sedangkan masalah sosial, akidah, rasuah, penyelewengan perlu diketengahkan, inilah hujah yang menunjukkan keikhlasan parti yang memerintah.
Apakah wakil ini ketandusan modal untuk meraih sokongan rakyat ? Atau wakil ini beranggapan bahawa pemikiran rakyat masih ketinggalan jauh kebelakang, sedangkan negara dikatakan sudah lama merdeka dan maju, Betul ? Hujah kamu sungguh lapok, tak tahu la jika rakyat Sg Besar kebanyakannya bodoh-bodoh belaka - Pak Karamu
Tingkat akses pendidikan, ekonomi fokus calon BN
SUNGAI BESAR - Meningkatkan akses terhadap pendidikan dan tahap ekonomi
penduduk, menjadi dua fokus utama calon Barisan Nasional (BN) bagi
Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi.
Budiman, 44, mengakui dua faktor berkenaan mampu menjadi pemangkin
kepada pembangunan Parlimen Sungai Besar dalam cara yang tersendiri.
Beliau berkata kawasan Parlimen itu kaya dengan pemandangan sawah padi
menghijau serta suasana kampung yang menjadi tarikan kepada pelancong
dalam dan luar negara.
"Kita di Sungai Besar tidak memerlukan gedung membeli-belah yang besar,
kita tidak mahu mengubah landskap, biarlah suasana kampung ini
dikekalkan.
"Tetapi kita mahu penduduk mempunyai ilmu yang tinggi sekali gus dapat
berfikir untuk menjana pendapatan daripada sumber sedia ada," katanya
kepada Bernama, di sini.
Sebagai contoh, katanya tanaman seperti ubi kayu dan kelapa boleh
ditambah nilai dan dijadikan produk komersial untuk dipasarkan dalam dan
luar negara.
Justeru, katanya bagi mencapai hasrat itu, beliau akan memastikan
infrastruktur pendidikan dibangunkan dengan lebih rancak di kawasan
Sungai Besar, jika BN terus diberikan mandat oleh rakyat.
Budiman berkata beliau juga berjanji akan menjadi orang tengah antara
kerajaan dan rakyat dalam menyelesaikan segala permasalahan berbangkit
dalam kawasan Parlimen itu.
"Saya lahir di sini, bersekolah di sini, malah uri saya juga ditanam di
sini, jadi saya mampu menyelami denyut nadi orang di sini," katanya.
Budiman yang juga Adun Sungai Panjang berkata, pengundi di Parlimen itu
boleh menilai usaha dilakukannya dalam menyelesaikan masalah penduduk,
sepanjang tiga tahun menjadi wakil rakyat.
"Politik adalah tentang memberi perkhidmatan, dan alhamdulillah rakyat
termasuk kaum Cina dan India memberikan maklum balas yang positif
terhadap khidmat yang saya berikan selama ini.
"Jadi rakyat mempunyai pilihan sama ada memilih orang yang telah
mempunyai 'track record' atau memilih orang luar yang datang sebagai
calon payung terjun," katanya sambil melahirkan keyakinan bahawa BN akan
menang dengan majoriti yang besar dalam PRK itu.
Malah, Budiman berkata Umno, bahagian Sungai Besar berada dalam
perpaduan dan kesiapsiagaan yang tinggi bagi memastikan BN mencapai
kemenangan pada hari pengundian, 18 Jun ini.
Beliau turut menolak desas-desus kepimpinan Umno bahagian itu tidak berpuas hati dengan pemilihannya sebagai calon BN.
"Kalau tidak dipilih kepimpinan tempatan, mana boleh saya
dicalonkan...ini bukan mengenai kejayaan peribadi tetapi kejayaan BN
yang lebih penting dalam merampas kembali negeri Selangor daripada
Pakatan Harapan," katanya.
Kerusi Parlimen Sungai Besar kosong berikutan kematian penyandangnya,
Tan Sri Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan
dan Komoditi dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. -
Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment