Pas Pulau Pinang gesa Guan Eng bela diri
GEORGETOWN - Walaupun diserang berkali-kali oleh DAP, Pas Pulau Pinang
tetap menggesa supaya Ketua Menteri, Lim Guan Eng diberi pembelaan
sewajarnya.
Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Mohd Fauzi Yusof berkata, Pas negeri
tetap berpegang pada prinsip bahawa seseorang itu tidak bersalah
sehingga dibuktikan bersalah.
“Sekalipun Lim Guan Eng dan sekutunya sering menyerang Pas dengan
pelbagai tomahan dan fitnah, namun Pas tetap bertindak selaras dengan
ajaran Al-Quran supaya berlaku adil dengan semua pihak termasuk musuh.
“Islam mengajar bahawa sebelum penghakiman dibuat, maka seseorang itu
masih tidak bersalah,” katanya melalui satu kenyataan kepada media.
Mohd Fauzi berkata, Pas Pulau Pinang juga meneliti beberapa kenyataan
yang dibuat oleh pimpinan pembangkang yang menyatakan bahawa isu
berkenaan adalah pendakwaan terpilih oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM).
“Perlu diingatkan bahawa kuasa pendakwaan bukanlah kuasa SPRM, sebaliknya ia adalah kuasa pihak Peguam Negara (AG).
“Kepercayaan perlu diberi kepada SPRM yang menjalankan tugas untuk
menyiasat dan mengemukakan kertas siasatan kepada pihak Peguam Negara,”
katanya.
1 orang berkata:
sokong pndirian pas....biar sprm buat krja depa smpai selesai.
Post a Comment