Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

CAKAP TAK GUNA, YANG PENTING BUAT LA LAPORAN POLIS


Polis, kerajaan tidak bayar apa-apa wang tebusan
Khalid Abu Bakar
Khalid Abu Bakar

PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan Malaysia tidak membayar apa-apa wang tebusan untuk pembebasan empat rakyat Malaysia yang diculik di selatan Filipina, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata pihak polis bagaimanapun telah melakukan apa sahaja peranan  dalam usaha membawa pulang mangsa culik itu dengan selamat.

Jelasnya, keluarga mangsa telah dihubungi pelbagai pihak ketiga untuk rundingan membantu membebaskan empat mangsa, dan pihak polis turut memastikan keselamatan keluarga mangsa dijamin ketika rundingan pembebasan dibuat.

"Keluarga mangsa telah dibawa ke Bandar Zamboanga, Filipina untuk menemui pihak di sana. Memang benar pihak polis dan polis Filipina bantu atas dasar keselamatan semasa mereka pergi ke bandar itu.

"Apa yang dirunding, kita (polis) tidak campur. Apa juga urusan dibayar oleh keluarga adalah urusan mereka sendiri. Pelbagai cerita yang diandaikan bahawa pihak kita membayar wang tebusan, adalah tidak benar," katanya dalam sidang media di sini hari ini.   

Khalid berkata pihak polis tidak menghalang apabila pelbagai pihak seperti kumpulan dan individu tampil dan menghubungi keluarga mangsa untuk menawarkan perkhidmatan seperti rundingan pembebasan.

"Antara pihak yang menawarkan khidmat rundingan ialah kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) dari selatan Filipina, yang meminta duit yang dikumpulkan diserahkan kepada kumpulan kebajikan dan agama di negara itu," katanya.

Khalid turut menempelak tindakan sesetengah parti politik yang mengambil kesempatan menggunakan isu penculikan dengan membawa keluarga mangsa untuk berkempen semasa pilihan raya negeri Sarawak pada Mei lepas.

"Kita dapat lihat keluarga mangsa digunakan pihak parti politik tertentu dan membawa mereka berkempen merata-rata, serta mengumumkan jumlah kutipan (wang) setiap hari.

"Ini menyeronokkan pihak di sana (penculik) dan menyukarkan usaha pihak polis ... mereka tahu berapa telah dikutip. Pihak parti politik tidak dengar nasihat saya, hari-hari umum berapa dikutip dan diserahkan dalam akaun," katanya.   

Ditanya sama ada wang tebusan itu diterima oleh Unit Cawangan Khas Polis, Khalid berkata: "Saya menafikan Cawangan Khas menerima wang itu. Itu kata family (mangsa). Ramai orang ketiga dengan mereka (keluarga mangsa), ada ejen.

"Tetapi, saya menegaskan kita (polis dan kerajaan) tidak memberi apa-apa kerjasama dalam membayar penculik ini wang tebusan. Saya pun tidak tahu saluran mana wang itu diberikan. Hanya keluarga yang tahu."

Beliau menegaskan pihak polis tidak tahu menahu siapa yang membuat bayaran tebusan itu.

Kepada satu soalan, Khalid berkata sekiranya ada pihak ketiga yang mengakui diri mereka daripada Unit Cawangan Khas, pihak keluarga seharusnya membuat laporan polis agar siasatan boleh dilakukan terhadap siapakah pihak ketiga itu.

Ditanya jika tidak melibatkan wang adakah mangsa culik berkenaan dibebaskan, Khalid berkata: "Jika wang tidak diberikan, pembebasan masih boleh dilakukan.

Kami pernah lakukannya sebelum ini (kami menyelamatkan mangsa-mangsa culik), dan kenapa tidak, kami mampu lakukannya sekali lagi." - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.