Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini memerintahkan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng membayar wang jaminan RM1 juta terhadap dua
pertuduhan rasuah yang dihadapinya pada tahun 2004 dan 2015.
Ketetapan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Azmi Ariffin selepas
meneliti permohonan daripada Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali
berhubung jaminan yang dikenakan.
Bagaimanapun Azmi membenarkan Guan Eng menyimpan pasportnya namun Guan
Eng perlu memaklumkan kepada mahkamah sekiranya merangcang ke luar
negara.
Terdahulu, Guan Eng mengaku tidak bersalah dan meminta bicara bagi
kedua-dua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa secara berasingan di
hadapan Azmi.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa hanya kenakan tindakan kepada pembangkang?]
Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa meluluskan permohonan
Perlingkungan semula zon pertanian kepada perumahan am untuk Lot 346 dan
437 Mukim J, Daerah Barat Daya kepada Magnificient Emblen Sdn. Bhd. di
Bilik Gerakan, Tingkat 28, bangunan Kompleks Tun Abdul Razak pada 18
Julai 2014.
Beliau didakwa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24
Akta yang sama.
Bagi pertuduhan kedua, Guan Eng didakwa mendapatkan lot tanah dan
sebuah rumah yang terletak di No. 25, Jalan Pinhorn di sini daripada
Phang Li Koon pada harga RM 2.8 juta di alamat yang sama pada 28 Julai
2015.
Guan Eng didakwa mengikut di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Sementara itu, Azmi turut memerintahkan Li Koon membayar wang jaminan
sebanyak RM200,000 atas pertuduhan bersubahat dengan Guan Eng berhubung
pembelian banglo.
Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh pengurusan kes bagi kedua-dua mereka pada 22 September depan.
1 orang berkata:
Sbb.lu bodoh. Mau kau tim tapi tak pandai.patut lu belajar daripada lu punya sedara MCA ke atau Gerakan. Meleka manyak pandau. Kau tim pun selalu susah mau tangkap ..
sapa mau ngaku kalu sudah berak tepi jalan? Guan eng pun sama,mana mau ngaku. Lu bodoh lu kena la..
Post a Comment