Jangan kecewa dengan keputusan PRK, kata Hadi
SHAH ALAM - Pas mengingatkan penyokongnya agar tidak sesekali kecewa
dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) di Sungai Besar dan Kuala
Kangsar.
Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian meskipun ahli
parti Islam itu menurutnya dikecewakan oleh majoriti pengundi yang
tidak memberi kemenangan kepada Pas.
"Apa yang disabdakan oleh Rasulullah SAW, kalangan yang mewarisinya
dalam menegakkan Islam akan dikecewakan merupakan dalil kenabian yang
benar-benar berlaku selepas wafatnya Baginda dan menjadikan kita lebih
yakin kepada perjuangan ini," katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut, Abdul Hadi berkata, walaupun ALLAH SWT berkuasa dan
boleh memenangkan perjuangan Islam yang sebenar dalam sekelip mata
dengan firmanNYA sahaja, tetapi katanya, ALLAH menetapkan bahawa
fitrahNYA sangat memakan masa dan melibatkan pengorbanan harta dan jiwa
raga.
"Kerana ALLAH mahukan kemenangan daripada hambaNYA yang mempunyai niat
yang sangat murni, sehinggalah murni juga pengisiannya selepas
kemenangan itu," katanya.
Katanya lagi, ALLAH menunjukkan kisah daripada al-Quran betapa Nabi Nuh
AS yang berdakwah memakan masa lebih sembilan ratus tahun, hanya
berhasil mengumpulkan pengikut yang sangat kecil jumlahnya, sehingga
dikatakan tidak sampai seratus orang dalam bahteranya.
"Ada pun Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS pula wafat dalam perjalanan ke
bumi yang dijanjikan ALLAH dapat menegakkan ajaran Taurat, mereka wafat
ketika dikecewakan oleh kaumnya yang tidak mahu berjihad, sehingga tidak
sempat menyaksikan negara besar yang dipimpin oleh Nabi Daud AS dan
Nabi Sulaiman AS setelah ia melalui beberapa abad lamanya.
"ALLAH membawa kisah-kisah umat terdahulu di dalam al-Quran yang menjadi petunjuk di sepanjang zaman.
"Maka Rasulullah SAW menegaskan bahawa di zaman mutakhir yang tidak ada
lagi Rasul, maka adanya kumpulan di kalangan umatnya yang menyambung
perjuangan yang tidak boleh dipadamkan cahayanya walaupun dikecewakan
oleh manusia yang ramai,atau ditentang oleh musuh paling zalim,"
katanya.
3 orang berkata:
Pan menyedapkan hati setelah kalah prk dgn mengatakan mereka diterima rakyat .padahal ia undi yg menyokong ph dr dap n pkr.memalukan saja mereka itu dgn putar belitnya.pas pula masih punya kekuatan sendiri wpun sendiri.jika perjuangan yg iklas diteruskan tak mustahil akan mendapat kemenangan juga.ternyata jika dap tdk berhati busuk dgn menhantar minionnya pan dikuala kansar ada kemungkinan pas boleh mng.itu adalah krn rakyat ingin melihat keihlasan n penyatuan pembangkang.wpun pas tak bersama ph spt kata azmin perbincangan n tolak ansur masih bleh dilakukan.tanpa satu lwn satu pas mungkin masih bleh mng dikelantan trg n kedah tp selangor mungkin akan kembali kpd bn.sy rasa bn lebih patut menyerang pulau pinang tanpa bantuan dr pas.dap mungkin akan goyah.dap n minionnya pan n setengah pkr nampak ingin menjatuhkan pas.kita tgok lah siapa yg akan jatuh dulu.hati yg busuk tak akan kemana.kita teruskan sj perjuangan kita menegakkan islam hingga mendpt kemenangan
Tak habis mengutuk org. Parti bebal
PAS jgn menoleh ke belakang lagi.. perkukuhkan segera blok ke 3.. biarkan PH terus dgn angan2nya.. PH kan dah kuat.. ada tarikan utk undi Melayu PAN cina DAP dan campuran PKR..dah kuatlah tu..
Post a Comment