Dr Rani: Kemenangan sebenar di akhirat
SUNGAI BESAR - Calon Pas, Dr Abdul Rani Osman memaklumkan bahawa beliau
menerima segala keputusan dalam Pilihan Raya Kecil(PRK) Kawasan
Parlimen Sungai Besar selepas memberikan yang terbaik buat parti
berkenaan.
Menurut Abdul Rani, dalam al-Quran turut menyatakan bagaimana
sahabat-sahabat Nabi telah dibunuh dan dicaci namun mereka dapat
mencapai kemenangan di akhirat.
"Bermakna kalau kalah pun saya tak rasa apa-apa. Sebab dalam Islam kita
diajar, kemenangan sebenarnya adalah di akhirat," katanya kepada
pemberita.
Abdul Rani berkata, dalam mana-mana PRK, BN sememangnya akan menurunkan
semua jentera kerajaan bagi menghalang parti lawan bagi memperoleh
kemenangan.
"Jadi memang susah kita nak menang dalam PRK kali ini," katanya.
PRK Kawasan Parlimen diadakan berikutan kematian penyandangnya,
Allahyarham Tan Sri Noriah Kanon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan,
Perladangan dan Komoditi terkorban dalam nahas helikopter terhempas di
Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Pada Pilihan Raya Umum 13(PRU13) lalu, Noriah mendapat 18,695 dengan
makoriti 399 undi mengalahkan calon Pas, Mohamed Salleh M Hussain yang
memperoleh 18, 296 undi.
2 orang berkata:
Ayat tak boleh blah..
menang ada jawapan
x bertanding ada jawapan
kalah pun ada jawapan
Post a Comment