Kronologi kes penahanan Guan Eng
GEORGETOWN - Berikut adalah kronologi kes penahanan Ketua Menteri Pulau
Pinang, Lim Guan Eng oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
hari ini:
17 Mac 2016: Anggota Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya
meminta menyiasat isu pembelian hartanah di bawah harga pasaran bernilai
RM2.8 juta oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng di Jalan Pinhorn, George
Town pada persidangan Dewan Rakyat di Parlimen.
18 Mac: Lim mendakwa transaksi pembelian rumahnya itu dibuat secara
rela hati antara pembeli dan penjual, Phang Li Koon tanpa sebarang
paksaan.
18 Mac: SPRM mula menerima laporan berhubung isu pembelian rumah banglo
pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran daripada pelbagai
pihak termasuk parti politik dan badan bukan kerajaan (NGO).
19 Mac: Lim menggesa SPRM menyegerakan siasatan berhubung transaksi pembelian rumahnya di Jalan Pinhorn.
20 Mac: Lim membawa petugas media melawat rumahnya di Jalan Pinhorn.
22 Mac: Phang membuat akuan berkanun menjelaskan beliau menjual banglo
itu atas dasar rela hati antara pembeli dan penjual yang dipersetujui
melalui perjanjian bertarikh 23 Jun 2014.
23 Mac: SPRM terima lapan aduan daripada pelbagai pihak berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.
1 April: Phang memberi keterangan berhubung pembelian banglo oleh ketua menteri di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut.
2 April: Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kandungan akuan berkanun Phang yang didakwa mempunyai maklumat palsu.
17 April: SPRM menasihatkan semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu pembelian banglo ketua menteri.
6 Mei: Lim dan isteri Betty Chew serta Phang dan pemilik Kuala Lumpur
International Dental Centre (KLIDC) Datuk Tang Yong Chew memberi
keterangan kepada SPRM.
7 Mei: Lim sekali lagi hadir untuk direkodkan keterangan berhubung isu pembelian banglo di pejabat SPRM Pulau Pinang.
22 Mei: Pegawai SPRM hadir di rumah Lim untuk mengambil keterangan berhubung pembelian banglonya.
25 Mei: Kertas siasatan Lim dikemukakan kepada Peguam Negara.
6 Jun: Kertas siasatan banglo Lim dikembalikan kepada SPRM untuk siasatan lanjut.
29 Jun: Lim ditahan SPRM di tingkat 28 bangunan Komtar pada pukul 5.45
petang, manakala Phang ditahan pada pukul 4.15 petang di pejabatnya di
Tingkat 6, Penang Garden. - Bernama
2 orang berkata:
Hj Hadi akui DAP menerima asas kerjasama Islam sebagai agama persekutuan, dedahkan pengkhianatan Umno terhadap Pas
Berikut adalah pengakuan Presiden Pas, Hj Hadi tentang pengkhianatan Umno terhadap Pas yang berulang kali... dan pengakuannya mengenai kejayaan yang besar dicapai melalui kerjasama dgn DAP.
Hj Hadi mengakui bahawa DAP menerima asas kerjasam Islam sebagai agama persekutuan.
Hj Hadi mengesahkan bahawa DAP sekadar menyatakan pandangan tak bersetuju dengan beberapa perkara yang diwajibkan dalam Islam seperti undang-undang kisas dan Hudud. Mereka tidak setuju. Tetapi mereka tidak menentang.
Tidak bersetuju, tidak menentang! Berbeza dengan Umno yg menentang perlaksanaan Islam yg Pas perjuangkan!
Komen apa ni? Pengertian 'tidak bersetuju' dan 'menentang' memberi erti mengikut suasana pembentukan ayat.
Dalam kes yg sdr sebut tu ia memberi erti yg sama. Cuba fahami ugutan DAP utk keluar dariPakatan jika Pas teruskan dgn agenda tersebut.
Tak perlu nak perlihatkan kebaikan DAP dan memburukkan Umno dgn menggunakan istilah yg sdr sendiri kelabu.
Post a Comment