DAP tidak boleh pilih kasih dalam isu lepas jawatan
IPOH - MyPPP negeri Perak menggesa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim
Guang Eng meletak jawatan atau mengambil cuti daripada tanggungjawab
susulan pertuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.
Pengerusi MyPPP Perak Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Guan Eng sering kali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
"DAP selalunya bila mereka buat tuduhan ke atas pemimpin BN yang kadang
kala tiada bukti, tetap menyeru pemimpin berkenaan meletak jawatan
sementara menunggu keputusan siasatan.
"Jadi (dalam kes Lim) DAP tidak bolehlah 'double standard' biarkan Guan
Eng pegang jawatan Ketua Menteri," katanya dalam sidang media dia sini
hari ini.
Guan Eng, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri
untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan
meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian
kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat,
Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk
dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25,
Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli
perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.
Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta oleh seorang penjamin. – Bernama
4 orang berkata:
Guan eng tak perlu laetak jawatan.malah beliau tidak sepatutnya di siasat dari awal lagi apatah lagi di dakwa. Kerana ianya pembangkang.
Hanya pemimpin kerajaan sahaja perlu di siasat dan letak jawatan.
Pemimpin pembangkang,bukan rasuah atau salah guna kuasa.tapi konspirasi politik. Hanya pwmimpin BN sahaja yang akan jadi rasuah atau salah guna kuasa.
Bn kena letak jawatan walaupun ditudoh rasuah oleh pembangkang.dan belum ke mahkamah.
Bagi pembamgkang terutama DAP,kalau pun mahkamah memutuskan bersalah,tetap tidak bersalah.
Sebab Cina DAP tak akan terlibat dengan rasuah..
Kena org lain dia suroh cuti la letak jawatan la tp bila kena kat dia.......mcm tu pemimpin.cakap.
Kena org lain dia suroh cuti la letak jawatan la tp bila kena kat dia.......mcm tu pemimpin.cakap.
kurang ceria la raya tahun ni sebab minyak naik
Post a Comment