Dr M akan bantu calon PRK Kuala Kangsar, Sg Besar
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad
mengesahkan akan turun berkempen sekiranya ada pihak memerlukan
bantuannya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar.
Bagaimanapun katanya, beliau hanya akan membantu calon di PRK yang menyokong Deklarasi Rakyat.
"Saya tidak mewakili mana-mana parti. Bukan Pas, bukan Amanah dan bukan Umno.
"Ini kerana Umno bukan lagi parti Umno. Bukan lagi parti Melayu," katanya ketika ditemui, hari ini.
Mahathir juga memberi jaminan akan turun padang di kedua PRK sekiranya keadaan kesihatan beliau mengizinkan.
"Saya akan pergi (ke PRK) sekiranya saya tidak 'batuk' (sihat).
"Tapi saya hanya akan bantu calon yang sokong Deklarasi Rakyat. Yang lain-lain saya tidak terlibat," katanya lagi.
0 orang berkata:
Post a Comment