Lebuh raya utama dijangka sesak petang ini
KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama lancar pada
pukul 8 pagi ini, namun dijangka meningkat pada petang nanti.
Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, aliran trafik di
lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan 2 masih
lagi terkawal.
"Aliran trafik dijangka bertambah pada petang ini berikutan peningkatan
jumlah warga kota meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung
halaman masing-masing bagi menyambut Aidilfitri," katanya ketika
dihubungi Bernama di sini hari ini.
Menurutnya, beberapa kawasan di LPT dijangka mengalami kesesakan dengan trafik bergerak perlahan petang ini di lebuh raya itu.
"Trafik dijangka akan bergerak perlahan dari Slim River menuju ke
Sungkai, Plaza Tol Gombak ke pantai timur dan dari Tol Duta menghala ke
utara," katanya.
Sementara itu, Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Projek Lebuhraya Utara
Selatan Bhd berkata aliran trafik di Lebuhraya Utara Selatan masih
lancar pagi ini dan dijangka akan bertambah secara beransur-ansur.
"Terdapat satu kemalangan berlaku di Kilometer 19.3 dari Kota Damansara
menuju ke Damansara pada 8 pagi tadi menyebabkan trafik perlahan dan
kerja mengalihkan kenderaan telah dilakukan," katanya.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian
bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di
www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman
Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama
3 orang berkata:
Haram klu guna duit jual balak haram utk bayar fitrah. Ingat ti pak unta dan pak keldai
Mana tak sessk.
Byk untaa balik sang
Byk keldai balik situ
Nak jumpa tg hj baghal al yahadi
Thank you for your support who has read our article. I'm very happy if you can share our article below
Cara Meredakan Nyeri Encok Secara Alami
Cara Jitu Untuk Menghilangkan Jerawat
Post a Comment