Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MAT KIT SIANG DAN SABU KECIWA .....


'Saya akan kekal bersama Pas hingga akhir hayat'
Dr Abdul Rani Osman
Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman

SUNGAI BESAR - "Saya akan kekal bersama Pas sehingga akhir hayat saya", demikian jawapan ringkas calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil‎ (PRK) Parlimen Sungai Besa, Dr Abdul Rani Osman bagi mengulas pelawaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kepadanya agar menyertai Pakatan Harapan.

Katanya pelawaan berkenaan bukan pertama kali diterimanya malah terdapat ramai lagi pemimpin pakatan pembangkang itu membuat tawaran berkenaan.

"Terima kasih banyak kerana membuat penawaran berkenaan (masuk Pakatan Harapan), nampaknya saya ada harga pada mata mereka, jika tidak mereka (pemimpin Pakatan Harapan) tidak akan ajak saya menyertai, cuma jawapan saya, saya akan tetap kekal bersama Pas sehingga akhir hayat saya," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu mengajak Dr Rani menyertai Amanah dan menarik diri daripada bertanding dalam PRK Parlimen Sungai Besar.

Sementara itu mengulas mengenai tempoh kempen PRK itu yang berbaki kurang 48 jam, Dr Rani berkata, sehingga kini pihaknya telah berjumpa dengan kira-kira 85 peratus pengundi.

"Pemahaman mereka (bukan Islam) terhadap isu seperti Usul Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 juga semakan bertambah, saya lihat mereka kini lebih memahami apa sebenarnya RUU berkenaan," katanya.

Usul RUU berkenaan dibawa oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu bagi memperkasakan mahkamah syariah.

"Sebelum kempen di PRK mungkin ramai pengundi bukan Islam sangka RUU itu adalah hudud berikutan termakan dakwaan pihak-pihak tertentu antaranya DAP, tapi kini ramai mula faham apa RUU berkenaan dan tujuannya," katanya.

PRK Sungai Besar pada Sabtu ini, menyaksikan Dr Rani, yang juga Adun Meru berdepan calon BN, Budiman Mohd Zohdi dan calon Amanah, Azhar Abdul Shukur.

Sungai Besar mempunyai 42,655 pengundi berdaftar dan kekosongan kerusi Parlimen itu berikutan kematian penyandangnya Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas. - Bernama

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.